Friday, February 10, 2012

Transpeak Titiwangsa V2 - Final Part

Day 5 (25 Jan 2012)
Perjalanan pada hari ke 5 ni bermula pada pukul 11 pg lebih. Haish... asyik start treking lambat je. Ingat V2 ni trip santai ke hape... aduyai hehe. Perjalanan kali memberi lebih tekanan mental kepada para pendaki semua. Ini kerana, para pendaki terpaksa melalui laluan bawah dahan pokok atau bawah pokok buluh seawal menuruni dari puncak Junction lg. Bukanlah niat di hati untuk komplen psl byknya halangan2 pokok yg terpaksa dilalui. Tp, penat la den ni asyik nk kena merangkak n meniarap komando je tiap kali nk melepasi dahan2 pokok yg ade kt laluan tu. Perut depan den ni plak ade beg kamera. Asek sangkut je tiap kali duk meniarap tu. Pastu bile dh berdiri, xleh nk berdiri btol2... kene bongkok sket sbb dahan pokok byk sgt. Kesian kt lutut den plak camtu. Aduyai... mental2 haha. Pape pon, mmg aku rasa byk sgt kene meniarap pada hari ke 5 ni.

Pada jam 1 tghari lebih kurang, aku smpai dkt anak sungai yg pertama. Kt situ la seme selut2 kt kasut di cuci. Air minum pon di 'top up'kn dkt situ. Setelah menunaikan solat, perjalanan di teruskan lg. Kali ni aku treking bersama dgn Arip je. Selesa jgk treking dgn dia. Mungkin sbb langkah kitorg hampir sama n menyebabkn aku x tension sgt bile treking. Kalu treking dgn Kodin, bleh naik mental aku sbb dia laju sgt haha. Setelah byk kali mendaki sehingga ke puncak gunung yg berlumut dan menuruni sehingga ke lembah yg dalam, akhirnye pd jam 6 ptg aku tiba di puncak View.


Pemandangan di puncak View ni sebenarnya sgt menarik. Tp, pd ptg tu.. kabus yg tebal telah menutupi viewnya yg cantik. Aiseh.. ni psl aku lmbt sgt r ni. Kalu x, sempat amik gmbr yg cantik2 hehe. Perjalanan di teruskan lg selepas itu ke Kem DGU iaitu tempat di mana kitorg akan bermalam. Pada jam 7.15 ptg lebih, aku n Arip pon tiba di Kem DGU. Setelah menyiapkan tempat penginapan bak hotel 5 bintang gitu, aku pon turun ke sungai utk mandi. Mak datok, sejuk nk mampos smpai tulang sumsum. Ikutkn dr sejuk tu, mmg xnk mandi sebenarnye. Tp, bile d pikirkn blk, dh 5 hari x mandi ni.. so, aku jirus jgk la air sejuk tu utk mandi... brrrr... sejuuukk nye. Lps mkn mlm tu... tido la plak.

Day 6 (26 Jan 2012)
Pagi ni bermula awal sket. Tidoku di ganggu oleh bunyi bising yg di hasilkn oleh sebuah makhluk yg bernama Kodin. Ayat yg bese di ulangi utk trip ni mengganggu tidoku "Tido! Tido! Tido! Jgn Bangun!!!". Itula ayat yg selalu berkumandang di kawasan perkhemahan setiap kali matahari pagi menunjukkan wajahnye. Setelah breakfest n packing barang2, perjalanan di teruskan lg pada pukul 10 pg lebih.

Pada jam hampir pukul 1 tghari, aku n Arip tiba di puncak Belumut. Perut kitorg yg berkeroncong memaksa kitorg utk berehat lama sket bagi menikmati bekalan makanan tghari yg di bawa. Setelah mengisi perut yg lapar td, perjalanan di sambung blk. Pd jam 5 ptg, aku pon sampai ke puncak Kambing. Di sana, beg di tinggalkn dan perjalanan di teruskan ke puncak Tok Nenek. Perjalanan ke puncak Tok Nenek hanya mengambil masa 15 minit sahaja. Setibanya di puncak Tok Nenek, bermula la sesi mengambil gambar. Kali ni, byk kabus yg kelihatan. Namun skali skala, view gunung2 lain masih dpt d lihat. Berbeza dgn kunjungan aku ke gunung ini sebelum ini. Langit yg biru n view yg marveles di sajikan d sini. Kali ni, d sbbkn aku smpai ptg, maka awan terlebih dahulu memenuhi ruang udara di sini.


Pada jam 6 ptg, perjalanan di teruskan lagi ke Kem Lopak. Aku tiba di Kem Lopak pada jam 7.15 mlm. Di sini, air utk minum n memasak akan di tapau. Air di sini bukanlah air sungai yg mengalir laju seperti di kem - kem sebelum ini. Air di sini hanyalah takungan air hujan n air dari mata air yg sgt sedikit. So, byk la terdapat kelodak air kalu air di kocak. Proses mengambil air dilakukan dgn berhati2 agar tiada kelodak yg akan di ambil bersama. Kei n beberapa org yg berada d hadapan telah meneruskan perjalanan ke puncak Bubu dimana kitorg akan bermalam. Setelah aku n Arip menapau air, kini tinggal aku, Kodin n Arip je di simpang utk ke gunung Bubu. Mengikut arahan dari Kei, kitorg dikehendaki menunggu grup belakang yg belom smpai lg utk berjln bersama dgn kitorg. Namun, kesabaran kitorg di uji apabila terdpt gangguan agas (sejenis nyamuk yg amat halus n gatal nk mampos kalu kene gigit) yg byk di lembah itu. Kitorg membuat keputusan utk meneruskan pendakian ke puncak Bubu bagi melarikan diri dr gangguan agas tersebut. Arip meninggalkan beberapa pesanan utk org belakang di atas kertas supaya diorg mendapat maklumat yg ingin d sampai kn oleh org d depan.

Kitorg meneruskan pendakian di dalam gelap malam pd jam 7.45 mlm. Fuh, tobat mmg mencabar pendakian kali ni. Tiada belas kasihan langsung yg di berikan oleh gunung tersebut kepada kitorg. Tiada tempat langsung utk kitorg berenti rehat di tgh jln memandangkan trek dia yg mmg pacak mencanak x ingat. Kitorg terpaksa berenti rehat kejap2 je kt atas trek tu memandangkan tiada ruang selesa yg boleh di jadikan tempat rehat. Jam 9.30 mlm, aku mendengar bunyi mercun dr puncak Bubu. Bunyi nya begitu kuat seolah2 puncak itu tidak jauh. Namun aku memantapkn mental aku dgn mengatakan perjalanan masih jauh, itu hanya bunyi gema yg menguatkan lg bunyi mercun seolah2 ianya dekat. Ketika sedang mendaki itu, langkah aku semakin perlahan n longlai. Mmg x larat abes badan aku rasakan. Peperangan dgn mental sendiri sedang berlaku dgn hebat skali. Badan aku menyatakan supaya aku berenti tido je kt atas trek tu. Namun mental aku mengarahkan aku utk meneruskan perjalanan. Ketika sedang leka melangkah, aku akhirnya rebah tersembam ke bumi dan menggelungsur sedikit ke bawah dek kerana tersilap langkah n licin. Jatuh n rebah adalah perkara biasa dlm mendaki. Namun kali ni, ianya berbeza. Kamera yg aku bwk kt depan tu telah menghentak rusuk kanan aku dgn kuat sekali sehingga aku terbaring lama sebelum aku gagahi utk bangun semula. Mmg teramat sakit pada masa tu sehingga aku beranggapan yg rusuk aku retak. Nauzubillah.. mintak jauh. Tapi sakit tu masih terasa sehingga sekarang iaitu 2 minggu setelah kejadian. Nk p x-ray, tp x pegi2 lg. Dia baik sendiri kot nnti hehe. Setelah berpenat lelah utk mendaki, akhirnye kitorg smpai ke puncak Bubu pd jam 10.15 mlm. Kwn2 yg d belakang kitorg mlm tu tidak berjaya utk tiba d puncak. Diorg terpaksa tido atas trek lg mlm tu. Kesian la plak huhu. Lps aku dh mkn mlm, ape lg... tido daa.

Day 7 (27 Jan 2012)
Hari ke 7 dimulai dgn perasaan yg bimbang terhadap rakan2 sependakian yg belum tiba pd pagi tu. Suasana risau menyelubungi puncak Bubu kerana dibimbangi berlaku perkara yg tidak diingini kpd mereka. Setelah menikmati sarapan pagi, Kei n Pian menuruni semula gunung Bubu bagi menjejaki rakan2 yg ketinggalan. Setelah hampir 45 minit pemergian mereka, akhirnya mereka kembali ke puncak Bubu bersama2 dgn rakan2 yg lain. Lega hati kitorg melihat rakan2 sependakian yg lain selamat. Mereka dipercayai telah tido atas trek kerana terdpt pendaki yg tidak dpt meneruskn pendakian semlm d sbbkn kecederaan n keletihan. Setelah kitorg menjamu sarapan pg kpd mereka, perjalanan ke gunung Yong Yap di teruskn. Perjalanan bermula pd jam hampir 12 tghari. Aku tiba d persimpangan Yong Yap pd jam 4 ptg lebih. Di situ, beg ditinggalkan dan perjalanan ke puncak Yong Yap di teruskan. Setelah 30 minit mendaki, aku pon tiba d puncak Yong Yap. Lepas dh bergambar lebih kurang kt puncak tu, aku pon turun ke simpang Yong Yap balik.

Beg yg ditinggalkan di situ digalas blk dan perjalanan turun pon bermula. Aku n Arip tiba di kem Balak Pecah pd jam 7.15 mlm. Disitu kitorg berhenti utk rehat memberi laluan kpd masuknya waktu maghrib. Perjalanan di sambung kembali pd jam 7.45 mlm. Perjalanan kali hanya rilek je sebab tiada lagi pendakian yg mencabar. Hanya trek menuruni gunung yg agak landai je. Jam 9.30 mlm, kitorg pon smpai di Kem Y dimana terdapatnye 2 sungai yg bergabung menjadi 1 di sini. Kitorg berenti rehat di sini pd mulanya utk menunggu org yg d belakang. Namun Setelah sejam menunggu, diorg masih lg belum kelihatan. So, kitorg ramai2 pon berpakat utk bermalam di situ memandangkn hari pon semakin sejuk. Alangkah bestnye kalu dpt tido je drp berjln lg hehe. Jd, tempat tido pon disiapkn n org yg d belakang pon smpai. Kei yg bersama dgn peserta d blkg pon setuju utk bermlm di situ. So, seme org dpt tido awal mlm tu n xde yg tido atas trek lg huhu.

Day 8 (28 Jan 2012)
Hari ke 8 bermula dgn penuh semangat utk keluar dr hutan. Dh x larat dh nk bersengsara dlm hutan ni hehe. Perjalanan keluar bermula pd jam 10 pg lebih. Kali ni, trek landai je. So, mmg berjalan direct je non stop. Pd jam 12 tghari, Kei, Shah, Kodin, Asma, Ajak, Siti, Arip n aku pon tiba d Kem Agas. Di sini, kitorg berenti rehat kejap utk menunggu grup yg d belakang. Setelah diorg smpai, perjalanan di teruskan lg. Laluan nye mmg landai. Namun begitu, peserta masih lg berasa mental kerana walaupon berjalan tanpa henti, perkampungan org asli Sg. Rengil masih belom kelihatan. Kaki dh penat n sakit2 nih...adeh. Akhirnye pd jam 4.30 ptg, kitorg seme berjaya tiba d Sg. Rengil. Mulanya igtkn powil akan amik kitorg kt situ. Tp, kitorg d khabarkn bahawa jambatan utk ke Sg. Rengil telah runtuh di sebabkn hujan lebat. Adeh.. kene menapak lg la utk keluar. So, terpaksa la berjln kaki lg utk tempoh sejam. Setelah menyeberangi jambatan kecil sementara yg menggantikn jambatan yg runtuh tu, kitorg pon tiba di point utk naik powil. Tanpa menunggu lama, powil pon tiba pd jam 5.30 ptg. Fuh, punye la gembira bile dpt naik powil tu. Yela, dh kluar dr hutan ni.. Dh abes la sengsara dia haha. Lepas mencucikn diri di starting point hari pertama dulu, aku n Kodin pon terus gerak blk Manjung. Trip kali ni aku rasa mmg best walaupon ade sedikit rasa teruk tu. Tp, kwn2 seme sempoi je. Xde yg menunjukkan tekanan mental semasa treking. Aku igt lg, bkn setakat 4 kali aku pikir utk join trip ni. Tp, lebih dari tu lg, sbb trip ni kategori hardcore. Aku sendiri takut nk join sebenarnye. Tp, bile dh abes ni.. Aku cuma bleh ckp... "TAHNIAH SEME!!!". Ok, jumpe di lain trip pasni :).

Ikuti video ringkas trip V2 ni...

Thursday, February 2, 2012

Transpeak Titiwangsa V2 - Part 3

Day 3 (23 Jan 2012)
Hari ke 3 bermula dgn agak sunyi. Mungkin d sebabkan kekurangan orang d kem H2O dan ditambah pula dengan keletihan berjalan semalam. Kodin seperti biasa menyiapkan makanan pagi d samping makanan untuk peserta2 lain. Jam menunjukkan pukul 10 pg lebih, kelihatan Ucop n Shuk pon tiba d kem H2O. Kesian jugak aku jd nye bile mendengar cite diorg tido dlm kesejukan atas trek semalam. Semakin lama, semakin ramai rakan2 pendaki yg tiba di kem H2O itu. Selesai kitorg seme berehat dan mengisi perut, perjalanan di teruskan lagi pada pukul 4 petang. Fuh, x pernah lg aku start treking kul 4 petang sblm ni. Gile lewat start treking. Santai abes trip ni haha. Aku memulakan perjalanan bersama Kodin. Namun, keletihan semalam masih lagi menguasai diri aku. Langkah aku cume perlahan sahaja. Mungkin jugak di sebabkan faktor kecerunan gunung itu yg agak mencabar dan menyebabkan aku berasa cepat penat. Aku mengarahkan Kodin utk berjalan mendahului aku. Alasannya, aku x selesa utk berjalan bila dia ade kt blkg aku. Yela, si Kodin ni laju kalu berjalan. Aku plak slow n steady je. Tekanan jgk aku bile si Kodin ni asek duk cucuk blkg aku je hehe. Aku lebih selesa utk berjalan dgn kelajuan aku sendiri tanpa d pengaruhi tahap kelajuan org d dpn atau blkg. Akhirnya aku berjalan bersendirian d dalam hutan. Kemudian selepas itu, Kei n Pian plak mendahului aku. Aku x kesah pon sbb mmg aku ni jenis brjalan slow n steady je hehe.

Pukul 6.30 ptg, aku tiba d tempat d mana Kei, Pian n Kodin berenti rehat. Aku pon tumpang sekaki utk berehat sekali. Setelah berehat menghilangkn penat sekejap, perjalan d teruskn dan aku sekali lagi membiarkan Kei, Pian n Kodin mendahului aku. Setelah langkah demi langkah aku gagahi, akhirnye pada pukul 8 malam aku tiba d puncak Gunung Junction. Di puncak inilah tempat kitorg bermalam. Kemudian pada pukul 8.30 mlm, Ajak n Asma pula tiba dan seterusnya disusuli oleh peserta2 lain secara berperingkat2. Nasib baik la sampai awal malam ni. So, bleh la berehat lama sket mlm ni. Syok la plak rasanya dpt tido awal. Yela, tido yg mencukupi amat bermakna utk trip2 hardcore yg mcm ni hehe.

Day 4 (24 Jan 2012)
Treking pada hari ke 4 ni bermula dlm pukul 11 pg lebih. maklum ler, asek bangun lambat je diorg ni. Aishh.. santai abes haha. Treking kali ni best sket psl x payah bwk beg berat2. Tempat tido kitorg masih lg d puncak Junction utk mlm nnti. Cume arini kitorg kene treking daypack ke gunung Korbu n Gayong. Treking kali ni di dahului oleh Kei n Kodin. Kemudian disusuli oleh peserta lain. Perjalanan turun dr puncak Junction agak mencabar kepala lutut aku di sebabkan kecuraman muka bumi nya. Aku seperti biasa la, treking secara slow n steady je hehe. Di sbbkn langkah aku yg slow n steady tu la maka Ajak n Asma memintas aku semasa menuruni Junction tu. Kemudian aku meneruskan pendakian ke beberapa puncak lg. Semasa dlm perjalanan tu, sempat jgk aku memintas Ucop, Shah n Shuk.

Jam 1 tghari, aku tiba d kem Cerek. Di kem Cerek ni la peserta2 dpt me'refill' blk bekalan air yg kehabisan. Setibanya aku d kem Cerek ni, aku hanya nampak Asma bersendirian sahaja. Pikirku, 'mesti Ajak turun ke bawah lembah utk ambil air'. Aku juga mendapati baju hujan Kodin yg berwarna hijau di situ. Jd, aku merasakan Kodin juga turut serta utk mengambil air di bawah lembah tu. Nk d jadikan cite, bleh plak aku x perasan brg2 Kei selaku guide kitorg kt situ. Jd dgn konfiden je aku wat andaian yg Kei mesti dh berjalan kt depan nih. So, tanpa sepatah kata, aku meneruskn perjalanan tanpa menyedari yg aku sebenarnya bersendirian di dpn.. ades.

Aku meneruskan perjalanan sehingga simpang Proton (simpang yg menghubungkan Korbu n Gayong). Ape lagi, aku menjerit2 la memanggil Kei. Bile tiada org yg menyahut, aku mula terpikir 'ah, mungkin Kei menunggu di puncak Gayong kot'. Aku pon berjalan menuju ke puncak Gayong plak yg mana jaraknya hanya 10 minit je dr simpang Proton tuh. Sampainye aku d sana, aku menjerit memanggil Kei lg. Namun tiada juga yg menyahut laungan aku tu. Skali lg aku terpikir, 'mungkin Kei dh pergi ke Korbu kot nih... hmmm'. Setelah selesai aku bergmbr sendirian kt puncak Gayong tu, aku meneruskan perjalanan ke puncak Korbu plak. Perjalanan menuju ke Korbu mengambil masa lebih kurang 2 jam.


Setelah 2 jam berlalu, tiba lah aku d puncak Korbu tu. Aku dgn laungan yg gembira pon menjerit memanggil..'KEI!!... KEI!!!'. Namun tiada yg menyahut juga. Seram sejuk jgak aku kejap bile menyedari yg aku sebenarnya btol2 bersendirian atas puncak Korbu tu. Selepas itu, hujan pon turun dgn renyai2 disusuli pula tiupan kabus yg menambahkn lagi suasana mistik tu. Bile dh rasa x brp sedap ati tu, aku baca la sepotong dua ayat suci bg menghilangkan rasa takut. Nasib baik la ade pendaki sebelum ni yg tinggalkn payung kt puncak Korbu tu. Payung tu la yg aku guna utk duduk dlm hujan sambil menikmati bekalan makanan yg aku bwk. Bekalan aku cuma 4 ketul nasi himpit mini n serunding daging. Aku cuma mkn 2 biji je sbb x lalu nk mkn seme. Bakinye aku simpan blk dlm beg.


Bile jam menunjukkan pukul 4.30 ptg lebih n tiada seorg pon lg yg tiba d puncak Korbu tu, aku pon membuat keputusan utk blk ke kem site d puncak Junction. Baru 10 minit je aku turun dr Korbu, aku bertembung dgn Kei n dia kelihatan agak penat. Ayat pertama yg kuar dr mulut dia adalah, 'weh... ko tau x? seme org tgh cari ko. org igt ko dh ilang!'. Mak aih, terkejut aku. Tp, bile d pikirkn blk, aku rasa mmg salah aku sbb aku x maklumkn pada sesapa pon masa start jln dr kem Cerek td. Kesian plak kt kwn2 aku psl risau takut aku hilang. Sori ye kwn2 huhu. Setelah aku bersembang dgn Kei, aku pon meneruskan perjalanan blk bersendirian ke puncak Junction pada pukul 5 ptg. Dipertengahan perjalanan, aku bertembung dgn peserta2 lain n cite psl 'aku hilang' diulangi lg huhu. Sori lg kwn2. Aku tiba d kem Cerek pada pukul 7.30 mlm n keadaan hutan pada masa tu mmg dh gelap. Aiseh, sedikit kegusaran timbul d hati aku memandangkan aku blom menapau air utk kegunaan peribadi n kumpulan. Setelah aku melaungkn azan bg menandakan masuk waktu maghrib, aku membaca beberapa doa supaya di berikn perlindungan semasa bersendirian di dalam hutan yg tebal itu. Kemudian aku gagahi langkah aku utk turun ke lembah kem Cerek bagi mendapatkn bekalan air. Fuh, bleh tahan teruk jgk nk turun bwh tu rupanya. Di tambah lg dgn trek yg x brp kelihatan, aku merasakan yg org jarang turun utk mendapatkn air di sini. Treknye agk berbahaya bg yg x biasa. Aku cuba utk tidak membayangkn apa2 yg menakutkn memandangkn aku berseorangan pd masa itu.

Setelah aku berjaya mengambil air, aku mendaki naik blk ke kem Cerek n pada kul 8.00 mlm aku tiba d kem Cerek blk. Fuh, penat abes nk turun amik air je. Tobat aku x turun dh kt situ pasni. Pd mulanya, aku bercadang utk menunggu kwn2 lain yg berada d blkg utk brjln bersama2. Namun, ketakutan sedikit terasa bile bersendirian berada di dalam kegelapan hutan itu. Jd, aku membuat keputusan utk meneruskn perjalanan secara bersendirian. Setelah 1 jam berjln, aku tiba d 1 kawasan lapang yg mana aku seakan2 ter'sesat'. Ini kerana aku gagal utk mengenal pasti trek mana yg harus d lalui. Mungkin kerana kegelapan mlm menyebabkan mata aku konpius. Skali lg aku meminta petunjuk dr Allah n Alhamdulillah aku menjumpai trek yg sepatutnya aku lalui. Aku meneruskn perjalanan lg dgn perut yg lapar. Adeh, potong stim btol r. Lapar la plak. Aku teringatkn baki makanan yg masih ada d dlm beg aku. So, aku berenti skejap utk mengisi perut. Abes seme nasi himpit tu aku mkn. Bile d pikirkn blk, nasib baik aku x buang makanan yg x abes td tuh. Kalu x brlapar la aku hehe. Perjalanan blk ke kem site d teruskn selepas itu n aku tiba d puncak Junction pd pukul 10.30 mlm. Alhamdulillah, tiada apa2 yg berlaku pd diri aku walaupon aku berjalan bersendirian. Selepas menyalin baju kering, aku menikmati hidangan megi sblm trus tido kemudiannya...

Monday, January 30, 2012

Transpeak Titiwangsa V2 - Part 2

Day 2 (22 Jan 2012)
Suasana tenang d pagi hari ke 2 ni d bingit kan oleh kerenah Kodin yg mmg x reti nk diam haha. Pagi2 lg dia duk memekak suh org lain bangun. Trip kali ni adalah trip yg aku anggap sbg paling santai d pagi hari sbb peserta2 seme bangun lambat. Kul 11 pg lebih baru nk start sambung treking. Mmg rilek btol, pd hal trip ni adalah trip hardcore. Kalu sblm ni aku join trip naik gunung, mesti dlm kul 9 pg lebih tu... beg mesti dh ade atas bahu n perjalanan d mulakan. Tp, trip kali ni ade je yg rilek bangun lambat. Mcm xde preasure nk kejar waktu je... aiseh hehe. Perjalanan d teruskan dr kem Tudung Periuk ke kem Kasut pd pg tu. Setibanya d kem Kasut dlm kul 2 ptg, peserta2 berenti rehat utk makan lunch pack yg d bawa.


Kemudian pendakian d teruskan ke puncak Yong Belar iaitu puncak pertama G7 utk trip V2 ni. Aku tiba d puncak Yong Belar dlm kul 5.30 ptg n kabus pon mula utk memenuhi ruang udara d puncak tu. Blom sempat aku lepak lama atas puncak tu, hujan pon mulai turun n perjalanan terpaksa d teruskn dlm kesejukan n trek yg licin. Target utk hari ke 2 ni adalah kem H2O. Perjalanan semakin bertambah penat n mental setelah hari siang bertukar menjadi malam. Ditambah lg dgn bunyi nyanyian perut yg minta di isi, mental aku sedikit sebanyak tergugat dek perut yg kosong n hampir gastrik itu. Aku berjalan bersama 3 org lg rakan iaitu Kodin, Shah n Arip. Kitorg berenti rehat setiap 1 jam berjalan bagi mempercepatkan masa perjalanan.

Pd jam 10 mlm, kitorg pon tiba d puncak gunung H2O n di sana kitorg bertemu dgn Kei n Pian. Pd masa ni, angin d puncak H2O bertiup sepoi2 bahasa. Tp, kesejukan angin yg teramat sejuk itu seakan menghambat kitorg drpd lepak lama2 atas puncak tu. Tanpa membuang masa, kitorg ber enam meneruskn perjalanan. Kei memberi harapan utk menaikkn moral kitorg dgn mengatakan bahawa kem H2O hanya terletak lebih kurang 1 jam perjalan dr puncak H2O. Jd, dgn harapan yg tinggi, kitorg pon berjln dgn cepat2 agar dpt smpai awal ke kem H2O n tdo je trus. Namun, harapan hanya tinggal harapan. Setelah 1 jam perjalanan, bunyi air sungai yg terletak sebelah kem H2O itu masih blom d dengari. Moral kitorg pula semakin pudar. D tambah lg dgn nyanyian perut yg berubah dr rentak balada sebelum ini kpd rentak metal yg lebih agresif. Langkah kaki Kei n Pian bertambah laju n diorg pon meninggalkn aku, Kodin, Shah n Arip dgn langkah yg semakin longlai. Sudah kerap kali aku rebah d atas trek dek kerana tersepak akar kayu yg mana kaki aku sebenarnya dh teramat letih pada masa itu. D tambahkn lg dgn bekalan air yg sudah kehabisan semuanya, setiap langkah menjadi amat berat rasanya.

Setelah 2 jam berjalan dr puncak H2O, akhirnya aku n Shah berhenti d atas 1 puncak yg tidak diketahui. Mental kitorg mmg dh rabak. Terasa ingin sahaja bermalam di atas trek itu. Namun Kodin n Arip memberi harapan utk meneruskan perjalanan dgn mengatakan bahawa diorg akan menuju ke kem H2O terlebih dahulu n kemudian akan berpatah balik utk memberi bantuan kpd kitorg. Setelah 15 minit pemergian Kodin n Arip, aku cuba meyakinkan Shah utk meneruskan perjalanan n kitorg pon meneruskan perjalanan dgn langkah yg longlai. Setelah sekian lama berjalan, kedengaran bunyi air sungai d telinga kitorg n dgn tiba2 langkah Shah bertambah laju. Aku cuma mengikut dia dr belakang. Finally, alhamdulillah aku selamat sampai ke kem H2O pd jam 12.30 tgh mlm. N aku adalah peserta terakhir yg selamat tiba utk bermalam d sana. Hanya terdpt 6 org peserta yg selamat smpai ke kem H2O mlm itu. Peserta2 lain tidak berjaya utk tiba d kem H2O mlm itu. Kesemua mereka terpaksa tido d atas trek yg basah dgn baju yg basah n kesejukan. Alhamdulillah, kitorg ber enam dpt tido dgn selesa pd mlm itu d samping dpt mengisi perut yg kosong. Skali skala aku terpikirkn nasib peserta lain yg kesejukan n kelaparan dan ini menyebabkan aku tidak dpt tido dgn lena pd mlm itu. Berakhir kisah pd hari kedua..

Sunday, January 29, 2012

Transpeak Titiwangsa V2 - Part 1

Alhamdulillah, aku telah berjaya untuk mengharungi trip ke 2 yg paling hardcore dlm semenanjung Malaysia pada 21 - 28 Januari 2012 baru ni. Trip yg paling hardcore dlm semenanjung Malaysia stakat ni rasanya adalah trip Gunung Noring. Yg trip tu aku x bersedia utk pegi lg hehe. Sebelum aku bercerita lanjut, korang perlu tahu ape itu Transpeak Titiwangsa (Trans TT) V2 atau V2 dlm ringkasannya. 'Trans' tu bermaksud gabungan. Jd, trip ni adalah gabungan puncak2 yg terdapat atas banjaran Titiwangsa. Manakala V2 pula bermaksud Version 2. Ini kerana pakej trip Trans TT juga terdapat dalam Version 1 (V1). Jarak perjalanan V1 adalah lebih pendek berbanding V2. Ini kerana, V2 akan merangkumi pendakian 4 puncak kategori G7 iaitu Yong Belar, Korbu, Gayong n Yong Yap. Manakala, V1 tidak merangkumi Yong Yap. Keseluruhan jarak utk trip V2 adalah lebih kurang 120 km. Fuh, mmg tercabut r kaki berjalan haha. Disamping 4 puncak kategori G7 yg terpaksa dilalui oleh para peserta, terdapat beberapa puncak lg yg juga terpaksa dilalui oleh para peserta. Antaranya adalah puncak Junction, H2O, Bonsai Tengah, View, Belumut, Kambing, Tok Nenek, Kayong, Bubu dan beberapa lagi puncak yg lain. Berikut adalah catatan perjalan yg dilalui oleh aku sendiri sepanjang 8 hari berada di atas banjaran Titiwangsa.

Day 1 (21 Jan 2012)
Aku n Kodin tiba d surau balai polis Lojing pada mlm sebelumnya utk bermalam di situ. Kemudian Ajak n isterinya Asma pula tiba pada subuh harinya. Aku d maklumkan bahawa jip 4wd (powil) akan mengangkut kitorg seawal 6.30 pg. Tp, hampeh.. tunggu nye tunggu. Batang idung peserta lain pon x nmpk.. ish3. Dlm kul 9.00 pg, Kei selaku guide kitorg pon smpai dgn Shuk. Dia ckp yg peserta2 lain tersangkut dlm jem semasa perjalan dr KL. Maklum le, berebut dgn org nk blk kg tyme raya cine ni kn. Xpe, aku faham.. nk wat camne kn. Akhirnye dlm kul 10 pg lebih baru diorg smpai. Maka segala brg2 ration pon diambil dr organiser iaitu saudara Arin atau lebih dikenali sbg King. Fuh, gile berat nk mampos brg ration yg nk kena pikul. X pernah lg aku pikul ration yg seberat tu sblm ni. Bleh patah tulang belakang den ni hehe. Tp, sape suh nk naik gunung kn. So, pikul la brg makanan tu seme. Kang lapar lak psl xde makanan. Kemudian bile dh siap packing, kitorg seme pon disumbat atas powil utk di hantar ke starting point iaitu Blue Valley Dam, Cameron Highland.


Setibanya d sana, Kei memberikan sedikit taklimat berkenaan trip V2 ini. Target utk Day 1 nisepatutnya adalah Kem Kasut. Tetapi memandangkan sudah hampir tghari n pendakian blom lg d mulakn, dibimbangi para peserta tidak sempat utk tiba di Kem Kasut. So, target diubah kepada Kem Tudung Periuk sahaja utk Day 1 ni. Bermulalah pendakian pertama menaiki anak tangga yg tinggi di Blue Valley Dam tu pada jam hampir 12 tghari. Blom sampai abes naik anak tangga tu lg, aku dh pewai (penat nk mampos) abes dh. Smpai terpaksa guna tangan utk merangkak naik haha. Maklum le, beg berat nk mampos n badan x cukup panas lg. Mmg pewai abes r. Abes je layan anak tangga tu, perjalanan di teruskan dgn meniti atas paip2 air yg halus n licin. Bawah paip air tu plak terdapat selut yg bleh mencapai paras paha kalu terpijak. Ade jgk la aku tgk peserta lain yg terselam kaki diorg dlm selut tu hehe. Jenuh diorg nk tarik keluar kaki tu balik. Kemudian pendakian di teruskan dengan situasi biasa di dalam hutan iaitu menaik n menurun di samping melayan penat n mental masing2. Aku tiba di Kem Tudung Periuk pada pukul 6 ptg. Malam tu seme tido dengan merasakan kesejukan angin gunung. Fuh, besttt..

Thursday, November 24, 2011

Baru nk update!!

Erm.. sebagaimana tajuk yg diberi kt atas, ye.. mmg aku baru nk update blog aku nih. tetiba lak jd byk masa lapang aku psl duk tgh tunggu flight nk blk KL yg x kunjung tiba ni. so, dgn tetiba jgk timbul idea utk menulis psl cite yg tgh berlaku kt aku skrg ni.

Alkisahnye bermula hari Ahad 20 Nov 2011 yg lepas. aku bersama bos aku d tugaskn ke Kota Kinabalu (KK) utk membuat kerja2 pembaikan. sepatutnye, kitorg berada kt KK ni utk 3 ari je. jd pd hari ke 3 tu bermula la kisah2 yg merencatkan trip kerje aku kali ni.

Rabu (23 Nov 2011) - jam 10 pg meeting bersama pegawai Navy baru sudah. Pihak syarikat kitorg diarahkn bertugas smpai lewat mlm. Utk makluman, flight kitorg sepatutnye tghari tu. So, bos aku pon wat keputusan suh aku stay sorg2 sbb dia ade meeting keesokannya. Jd flight aku kene tangguh ke ari khamis plak. Jd, ari tu aku buat la keje2 aku seperti yg diarahkn. Manakala bos aku plak naik flight blk KL dh. Aduyai..

Khamis (24 Nov 2011) - jam 10 pg aku dh terpacak kt KKIA (Kota Kinabalu International Airport). Lepas siap booking nama utk tunggu flight, aku kene tunggu flight mane yg ade seat kosong bermula dgn flight pukul 1.45 tghari. so, tunggu nye tunggu.. flight kul 1.45 penuh. Then, tunggu flight kul 3.30 ptg plak. Penuh jgk rupenye. Aku masih menaruh harapan utk flight seterusnya. Pastu terdengar plak flight ke KL kul 4.50 dibatalkn. Bermula dr masa tu la makin ramai org beratur kt tmpat yg aku beratur ni. seme nye dgn harapan ade seat kosong dlm next flight. pastu flight kul 5.30 pon penuh jgk. Dan lg, flight kul 6.20 ptg pon penuh. N flight ke KL yg paling last aritu pd kul 6.50 ptg pon penuh. Then, bermula la babak maki hamun oleh penumpang yg terkandas ni seme. diorg duk marah pekerja MAS yg jage kaunter tu. Aku cume tgk dr jauh je. Kesian plak aku tgk pekerja MAS tu. Lps sorg.... sorg marah kt dia. Adeh. Last skali, aku dgr annoucement suh dtg tunggu flight kul 6 pg esok plak. So, smpai kt sini je la cite aku sbb aku pon tgh update cite ni kt airport KKIA. semoga bleh tdo atas kerusi airport mlm ni huhu. gudnite...

Monday, June 6, 2011

Suddenly..

All of sudden...

I MISS HER SO BADLY...

huhu.. dh lama x jmpe dia..
perasaan yg brcampur baur ni..
mengganggu aku nk wat keje... adehhh..
fokus.. fokus.. keje x siap lg ni..
hmm.. sempat plak aku tulis blog hehe..
bkn ape..
juz nk menyatakn rasa rindu aku pada si dia je..
rindunyeeee... (T_T)

Friday, March 11, 2011

Berenti... tarik nafas... tenang...

Sesuai dgn tajuk entry kali ni, aku nk amik masa yg ada ni utk rilek kjap sambil taip cite sket kt sini. Bkn pe, aku rasa byk masa n pikiran aku ni duk abes kt keje je. Kalu tension pon, kene la pendam je. Dlm sebulan kebelakangan ni, aku rasa bile aku g opis je... Dh mula rasa serabut dgn keje. Bkn pe, bos aku tu... asek nk menimbunkn keje kt aku je. Kalu dh x ngam dgn staf yg lg 1 tu pon, jgn la seme keje nk campak kt aku je. Bagi la dia buat sket, penat la kalu bg kt aku seme. Dh tu, kalu aku lambat wat keje... d perli2 plak aku. Sabar je la, dh mkn gaji dgn org... camni la. Ni pon, aku dpt rilek sket psl dia duk sibuk dgn bende ape tah. Kalu x, kjap2 ayat ni r kuar "Saiful! Mai bilik saya jap." Lps tu ayat ni plak "Saya tau saya bagi byk keje kt awk. Tp, i juz want to train u to be a real manager". Eleh, yela sgt. Training pon training la jgk. Tp, keje tu bg la kt org lain sama. Asek aku je, pnat2.

Yg aku paling xleh nk terima kn, bile aku duk lpak2 or brsukan dgn kwn (lps waktu keje)... masa tu la bos aku nk call or msg aku. Kalu psl bende lain xpe, ni psl keje. Tetiba je aku jd hilang mood (potong stim) utk hepi2 sambil ilangkn tension dgn kwn2. Mane x nye, slalu nye tiap2 mlm sblm tido... aku dh kene pikir dh psl keje esok harinye. Kalu aku x angkat henpon or bls msg dia, mula la nk ngajuk. Pastu, perli2 aku plak kt opis. Mane tahan beb, maybe org kalu dh berumur ni... sensitif sket kot. Kalu aku kene keje, blk lwt2 tu bese r. Smpai kwn2 aku pon ckp "Bro, bangla pon keje smpai kul 6 ptg je. Ko pehal keje kuat sgt, x igt umh ke". Adeh, bkn niatku utk keje lwt2 r bro huhu.

Keje punye psl, smpai masa utk spend dgn awek sndiri pon kurang. Aku rasa bersalah la jgk sbb jarang kontek dgn awek aku tu. Xtau la, tp aku rasa dia mesti marah + ngajuk. Bkn pe, kalu aku kt tmpat dia... aku pon rasa marah + ngajuk gk. Tp, lain org... lain dia punye pemikiran. Even kalu dia x marah + ngajuk, aku masih rasa bersalah jgk sbb aku dh lebih kn keje aku dr awek sendiri. Jd pape hal pon, aku nk mintak maaf secara terbuka dkt sini...
"Ayg, maafkn abg sbb abg rasa abg dh kurang bg perhatian dkt ayg. Bkn brmaksud abg nk mnjauhkn diri dr ayg. Tp, kadang2 abg sendiri xleh nk balance kn antara keje n kehidupan. Maybe sbb kelemahan abg sendiri utk manage kehidupan abg. Sbb tu ade benda yg terlebih n terkurang. Abg mintak maaf kalu abg buat ayg marah + ngajuk ke. Tp, kalu ayg x marah + ngajuk... i'm very hepi to hear that hihi :). Kalu ayg marah + ngajuk, jgn lama2 sgt. Susah abg nk pujuk, dh duk jauh2 ni huhu. Sekali lg... maafkn abg, sayang~".
Masa utk bersenang2 dh nk abes ni psl big boss baru masuk opis. Walaupon kadang2 aku tension dgn keje aku, tp aku masih bersyukur sbb ade keje n ade bos yg btol2 nye nk bg training kt aku. Yg negatif tu bleh letak tepi. Aku cuma nk amik yg positif, sbb sejak bos aku ni bg keje yg byk kt aku... baru la aku brpeluang utk belajar byk bende. Dia plak mmg rajin nk ajar aku tanpa aku perlu mintak kt dia. Hmm, pandai2 la aku blaja psl life management pasni hehe...

Monday, January 31, 2011

Rindu masa lapangku...

Ke manakah menghilangnya masa lapangku n masa bersenang2 ku?? Sejak bermulanya tahun baru 2011 ni, aku merasakn yg masa lapangku telah semakin berkurangan dan ianya semakin menghilang. Ini semua adalah kesan daripada kenaikan pangkatku yg berkuatkuasa 1 januari 2011 aritu. Kalu dulu, aku mempunyai terlalu byk masa lapang utk berfesbuk dan bersosial. Tp sekarang, semuanya trpaksa aku kurangkn n 'limit'kn demi memenuhi komitmen aku trhadap keje.

Kadang2 aku x kesah dgn kesibukan kerja aku tuh, mungkin aku enjoy dan 'start' menjadi seorg yg 'workoholic' seperti bos aku. Tp, kadang2 pula kerje2 tu membuatkn aku serabut kepala dek kerana kurangnye masa bersosial n tmbh2 lg, kurangnya masa aku bersama yg tersayang huhu.

Belum kawen lg... tp, komitmen trhadap kerje dh hampir mencapai tahap 'workoholic'. Kalu dh kawen, xtau ler. Hrp2, jgn smpai aku tdo kt opis sudah lps nih haha. Kalu dulu, aku ade la jgk masa utk kuar dating. Skrg ni dh lama x g dating. Maybe sbb awek aku pun dh balik bertapa kt kg n mnjadi kesukaran sket kt aku utk kuar dating. Mak aku ckp "xyah kuar dating2 laa. bertunang n kawen je trus cpt2. abes cite". Aku bleh tersengih je bile mak aku ckp camtu hehe. Kak Inab lg r, dia yg paling sibuk nk suh aku antar rombongan meminang awek aku.. ish3.

Alamak, dh tersasar la plak cite aku. Termasuk bab tunang + kawen la plak haha. Ok, d jemput kpd seme yg mengenali diri aku utk menghadiri majlis perkahwinan aku pada.... jeng3... hehe. Lain tahun baru aku bg tau bile yeh haha. Ok, tutup cite. Nk tido plak. Penat drive dr Terengganu blk Manjung pon x abes lg ni. Bye..bye..bye...

Tuesday, January 11, 2011

Sorry..

"I've never told a lie..."
and that's make me a liar.

Sorry, I lied to you.
I've to lie, I got no choice..

Yeah, I lied..
and I'm sorry.

Sorry...

Sunday, January 2, 2011

Kisah Seorang Aku n Dia


Entry kali ni, aku nk cite psl sedikit kisah aku n makwe aku. Saje la aku nk kenalkn kt korg kot2 ade yg x kenal lg atau takut korg trsalah tekel awek kwn sndiri plak nnti haha. Anyway, dh lama sbnrnye aku nk tulis entry ni. Tp x brkesempatan lg. Yela, aku asyik duk sibuk je akhir2 ni smpai ade gk la rasa tension tu. Ni pon tgh sibuk gk sbnrnye.. tp, aku nk rilis tension kjap dgn menulis blog ni. Lg pon, tgh rindu kt makwe aku skrg ni huhu. Rasa mcm dh lama x jmpe dia. Kalu dulu, tyme weekend aku bleh la g kua dating dgn dia. Tp, skrg ni... dh x leh dh. Dia dh abes blaja n ade kt kg nu. Tetiba lak rasa sedih psl x dpt jmpe dia :(. Ok, dh abes sesi luahan perasaan... smbg blk tajuk cite hehe.

Kat Teluk Batik

Makwe aku ni namanya Rubiah.. kwn2 dia panggil Ruby je. Aku knal dgn dia masa projek Robocon 2009 kt UTP. 1st tyme aku dgr org panggil dia 'Ruby'.. dh membuatkn hati aku trtarik utk lebih mengenali dia. Bg aku, nama 'Ruby' tu sndiri dh cukup utk menarik prhatian aku. Ntah la, mcm menarik je bunyi nama tu hehe. Pastu, aku rajin la lepak2 kt lab Robocon masa tu kononnya dgn alasan nk tolong Ajis siapkn robotnya. Pd hal, aku ade niat yg brunsur 'ade udang d sebalik batu' haha. Aku sbnrnye nk usya awek yg brnama 'Ruby' ni la masa tu hehe. Tp, ade jgk la aku tolong sket2 Ajis tu.. bkn nye x tolong langsung. Lps dh lama aku duk usya dia ni, akhirnye aku wat keputusan nk tekel dia. Tu pon selepas aku mndpt sumber2 yg mengatakn dia masih single n available. Aku pon melompat kegembiraan la lps dpt tau prkara tu hehe. Ade can la kot aku nk ejas dia hehe.

Slps mndpt kekuatan jiwa n mental, aku pon call la dia. Cuak jgk aku tyme mula2 call dia, yela.. takut2 dia x lyn plak hehe. Lg pon, dia bknnye kenal aku masa tu. Lps aku call n menyatakan niat aku kt dia, alhamdulillah... dia ok n dpt terima aku sbg kwn masa tu hehe. So, brmula la kisah antara aku n dia... drpd kwn smpai la jd makwe aku :). Skrg ni dh setahun lebih aku mengenali dia. Hrp2 hubungan ni akan brkekalan smpai bila2, insyaAllah.

Sepanjang perkenalan aku n dia, byk la yg perkara yg brlaku. Kebanyakannya mesti la yg menggembirakn hehe. Tp, ade jgk kot aku wat sakit ati dia. Mintak maaf ye syg. Kadang2 abg ade wat silap dgn ayg huhu. Pastu, kami ade jgk la brtukar2 hadiah. Tp kn, aku rasa mcm aku kurang bg hadiah kt dia la brbanding dgn dia bg kt aku hehe. Xpe la x dpt byk hadiah skrg ni ye syg. Nnti insyaAllah dpt hadiah yg lg gempak dlm hantaran perkahwinan hehe. Semoga jodoh kami berkekalan, amin :). Kt bwh ni ade la gmbr2 sebahagian drp hadiah yg aku dpt. Kebanyakan hadiah yg aku dpt tu d sertakn dgn kad yg kreatif... terharu aku, thanx ye syg. Bile aku teringat kt makwe aku ni kn, aku buka la kad2 yg aku dpt tu n pasti aku akan tersenyum seorg diri bile baca seme tu sbb mengingatkn kembali detik2 kami bersama. Detik2 itu adalah detik yg paling menggembirakn bg aku. Terima kasih sayang sbb hadir dlm hidup abg. I love you... ;)
Balang gelas yg berisi burung kertas n frame gmbr kt blkg

Kad ucapan yg sgt kreatif... handmade lg. Sgt cantik psl ade rantai besi..

Kad ucapan yg sentiasa aku duk belek2 hehe

Wednesday, December 15, 2010

Pindah lagi

Penat.. penat.. haiihhh. Semalam aku pindah umah lg ke umah baru. Ni kali ke 2 aku pindah umah dlm tahun 2010. Sebabnye, hausmet lama aku baru je kawen n barang2 dia pon byk kt umah lama tu. Jd, utk memudahkn perkara.. aku trpaksa kluar r dari umah lama. Lg pon, jenuh jgk kalu nk angkut brg2 dia kluar... byk tu. Baik aku je yg kluar dr umah lama.. brg sket je hehe. Sket2 pon, penat jgk la nk ngangkutnye.

So, ptg smlm lps keje.. aku n cik Zaki pon ngangkut la brg2 masuk umh baru. Ade 4 trip ngankut gk la trmasuk trip lori n trip kete aku. Bleh tahan byk jgk la brg aku rupenye haha. Dlm kul 10 mlm, setel jgk kitorg angkut seme brg tu. Lps tu, kemas2 umh baru tu smpai kul 12 tgh mlm plak. Tu pon, x setel lg.. smbg arini plak r. Penat + sakit pinggang den angkut brg2 tu seme hehe. Pastu, aku trperasan la yg umh kt dpn umh aku tu rupenye ade misi (nurse) yg duk sewa. Patut la kwn aku asek duk tny je sblm ni " hang bila nk pindah umh? bleh aku p lepak umh hang.. nk usya awek misi dpn umh hang". Haha ceh, rupanye kwn aku tu lebih maklum psl lokasi umah baru aku tu brbanding aku sendiri ish3 hehe. Pape pon, pesanan terakhir... brbuat baiklah kpd jiran tetangga anda hehe... peace

Friday, November 26, 2010

Pukul 1 pagi!!

Skrg jam menunjukkan lebih kurang pukul 1 pagi.... dan aku baru je blk keje. Huh, apekah?? Semenye gara2 server sonar KD Mahamiru ish3.

Aku masih igt lg petang td, pada jam kul 5 ptg... aku brsiap2 nk blk keje mcm biasa la. Pastu, ade plak dpt call dgn ayat "awak datang amik server no.3 sonar KD Mahamiru skrg ni!" Huh, apekah lg? Xpela, aku pegi amik la.. nk wat camne, customer request kn.

Dan bile aku dh amik server tu, kuar plak ayat "awak repair mlm ni trus la server ni ye. Kapal nk kluar brlayar kul 7 pg esok ni." Huh, byk cekadak la plak. Mulanya aku ckp nk repair esok la. Tp, dh diorg ni insist suh repair mlm ni jgk. Pening kjap aku. "Ahh, serabut btol la diorg ni. Dh la mlm ni mlm jumaat. Kaco r.." kata aku dgn marahnye di dlm ati. Uih, aku nk watpe mlm jumaat? Haha xde saje je, mlm jumaat.. aku tido mcm biasa r hehe.

So, lastly.. aku bersama 2 lg rakan sekerja aku trpaksa la brtungkus lumus membaik pulih server tu smpai la dkt kul 1 pg. Dan akhirnye berjaya jgk.. Alhamdulillah :). Walaupon arini aku blk keje sgt lmbt.. tp, aku rasa hepi je psl dpt solve the problem hehe. So, ape lg... aku nk tido la plak. Mlm jumaat ni kn hehe

Thursday, November 18, 2010

Kene tag la plak

Di sebabkn aku kene tag drpd girlfrenku.. So, aku kene la mnjwb tag nye itu. N secara x langsung, blog aku ade update la haha. Dh lama x update blog ehehe..

1.HOW OLD ARE U?
Baru 27 tahun... blom 30 tahun lg hehe. (perasan muda :p)

2)ARE U SINGLE?
Nope, i'm in a relationship with someone.
Hakikatnye, single lg kot psl blom kawen hehe

3)AT WHAT AGE DO YOU THINK U'LL GET MARRIED?
Sebelum 30 tahun, hopefully

4)DO YOU THINK YOU WILL BE MARRYING THE PERSON YOU ARE WITH NOW?
Ikutkn hati, mmg la nk kawen dgn girlfren yg skrg ni.
Tp, jodoh seme adalah urusan Tuhan. So, aku hanya bleh berdoa tiap2 mlm je
mintak supaya hubungan kami kekal smpai akhir hayat...

5)IF NOT, WHO DO YOU WANT TO MARRY?
Xtau la... kene servey pasaran dulu la haha (juz kidding)

6)WHO WILL BE YOUR BRIDEMAID AND BESTMAN?
Kembar ku la kot.. X pon, adik beradik ler

7)DO YOU WANT A GARDEN OR BEACH OR TRADITIONAL WEDDING?
Traditional dh ler.. Kalu wat kt pantai, ssh plak org kg aku nk pegi nnti hehe

8) WHERE DO YOU PLAN TO GO ON HONEYMOON?
Atas gunung bleh?? haha..
Ntah ler nk g mane. Up 2 u la my darling... tp, pegi tmpat yg mampu pegi dh ler ye hehe


9)HOW MANY GUEST DO YOU THINK U WILL INVITE?
Brp org tu x pasti r. Tp, yg wajib kene jemput adalah
org kg, anak beranak n kawan2...

10)WILL THAT INCLUDE UR 'EX'ES?
Bleh je diorg dtg.. kalu free la. Jgn dtg wat kacau sudah haha

11)HOW MANY LAYER OF CAKE DO YOU WANT?
Cheese cake blueberry sepotong pon cukup.
Aku bknnye mkn byk sgt pon kek ni.
Kalu bini aku buat, baru mkn byk haha

12)WHEN DO YOU WANT TO GET MARRIED? MORNING OR EVENING?
Ikut ler mane2 pon.. asl smpat pakai persalinan utk akad nikah je hehe

13)NAME THE SONG/TUNE U WOULD LIKE TO PLAY ON YOUR WEDDING DAY?
Belah kg aku ni, x prnah org pasang lagu utk kawen. Kalu pasang jgk...
aku nk LaVina - Pilihan Hatiku (sentimental value nih) n Maher Zain - Rest of My Life

14)DO YOU PREFER FINE DINING OR JUST FORK AND SPOON? KNIFE?
Ape2 je la... asl ade bende nk mkn dpn mata tu. Kang mkn org plak kang haha

15) CHAMPAGNE OR RED WINE?
Of course la Red Syrup... n with selasih hehe

16)HONEYMOON RIGHT AFTER THE WEDDING OR DAYS AFTER THE WEDDING?
Right after the wedding la kite honeymoon ye syg. Abg dh apply cuti sebulan dh ni haha

17)MONEY OR HOUSEHOLD ITEMS?
Bg je la pape pon.. kang ckp aku demand plak huhu

18)HOW MANY KID WOULD U LIKE TO HAVE?
Ramai ler, baru meriah sket umat Islam hehe

19)WILL YOU RECORD YOUR HONEYMOON IN DVD/CD?
Tangkap gambar buh dlm laptop sudah... wat wallpaper hehe

20) WHOSE WEDDING PLAN U WOULD LIKE TO KNOW NEXT?
Ntah ler.. majoriti kwn2 aku dh kawen.
Xtau la kalu ade yg nk kawen no.2 plak haha

So, aku amik masa utk jwb soalan2 kt ats tu... juz 4 fun k. Hakikatnye, aku n bakal isteri aku je yg tau plan kitorg utk kawen.. so, tunggu kad jemputan dh la ye. Xyah sebok2 nk jd wartawan Melodi.. sebok duk korek rahsia org wahahaa. Pape pon... layaaaan~

Sunday, September 26, 2010

Firenze

Jln2 mkn angin lg aku duk sini tyme weekend. Bese la, xde aktiviti lain hehe. Weekend terbaru ni, aku g jln2 kt Firenze @ Florence dlm bahasa english nye. Aku g dgn kwn aku kali ni. Ikutkn malas nk pegi psl aku dh bajet tempat dia camne. View kt bandar2 kt Italy ni xde beza byk sgt. Nmpk byk bangunan lama @ bersejarah, colourful n antik. Tu je tarikan utama kt bandar2 sekitar Italy ni. Mmg boring la bg aku utk tangkap gambar sbb xde beza sgt pon dgn gambar2 yg pernah aku tangkap sebelum ni. Bezanye cume bandar yg berlainan.

Jd, aku pegi jgk la dgn mood nk tangkap gmbr yg kurang berkobar2. Dan bile aku smpai, mmg view bandar mmg seperti yg d jangka. So, aku lyn je amik gmbr 3, 4 keping alang2 dh smpai Firenze ni. Haa.. ni ade beberapa gmbr yg aku tangkap sambil lewa dgn mood x bersungguh2 pon. Asl ade bukti aku dh smpai Firenze sudah haha.
Dlm taman raja d zaman empayar rom

Route of a king

Laluan dlm taman

Taman Di Raja Roman

Pastu, masa on d way nk blk ke tren station.. aku terserempak plak dgn parade sempena festival ape tah. Menarik jgk psl pakaian utk parade tu mcm pakaian org2 roman zmn dulu. So, aku ape lg... stat la petik kamera aku tu kt celah2 org ramai..

Friday, September 24, 2010

Class of 2010

Dari kiri: Dave, Chris, Amber, Doriano, Hasnan n Lah (aku ler)

Arini adalah ari terakhir bagi kami berlima utk bersama. Esok Chris n Dave akan blk ke US utk kembali berkhidmat utk company diorg. Ini bermakna akan tinggal aku, hasnan n amber je dlm kelas nnti.

Kelas aku bermula kira2 5 minggu yg lps. Aku n hasnan of cos la dr Malaysia. Chris, dave n amber plak dr Amerika. Kelas aku yg lps adalah kelas subjek mekanikal.. 2 minggu blaja teori dlm kelas n 3 minggu wat hands on praktikal. Next week bermula la kelas subjek elektronik plak... 3 minggu blaja teori n 2 minggu wat praktikal.

Kelas mekanikal kitorg yg sblm ni di ajar oleh seorg otai yg berpengalaman 33 tahun dlm mengajar maintenance... namenye Mr. Doriano. Byk yg telah aku blaja dr dia. Ok jgk la dia ni psl x kedekut ilmu. Dia ni x pernah marah pon student dia walaupon di tanya dgn soalan yg sama byk kali. Yela, aku ni pon bknnye cpt phm pon hehe. Next week... org lain plak yg ajar elektronik. Namenye Christian. Hrp2 ok la pembelajaran aku dlm kelas nnti. Mesti boring nnti, duk dlm kelas tgk projektor je. Tido la jwbnye aku nnti haha. Pape pon, aku cuma nk kursus aku ni abes je... x sbr dh nk blk Malaysia. Nk jmpe mak ayah aku, family aku, kwn2.. n x sbr nk p dating plak kui3.

Wednesday, September 22, 2010

Monterosso

Weekend baru ni aku pergi jalan2 cari psl dkt Kg. Monterosso, utara La spezia nih. Monterosso ni sbnrnya salah sebuah daripada lima pekan yg diberi nama Cinque Terre (Five Lands). Cinque Terre adalah sebuah kawasan yg di iktiraf sebagai 'World Heritage' oleh UNESCO. Di sebabkan aku xtau nk pegi pekan mane dulu drpd 5 pekan tu, aku decide nk pegi yg paling dekat. Aku sangkakn Monterosso adalah yg paling dekat, rupenye dia yg paling jauh. Semenya gara2 silap faham antara aku n org yg jual tiket ketapi. Yela, mane la diorg ni pndai ckp english.

Perbualan aku nk beli tiket, lebih kurang camni...
Aku: "Erm... ticket to Cinque Terre uno"
Kaunter: "La carde e la passe?"
Aku: "Ah, sudah! Mende alah ape plak card n pass ni?". Bisik aku. Nk tny lebih2 pon bkn nye dia paham huhu. Pastu... aku sebut "Monterosso"
Kaunter: "Aha.. Monterosso. Erm, la passe e la treni?"
Aku: "La treni". Aku main belasah je mase ni. Asalkn bunyi dia mcm 'train' sudah haha.

Maka, berjaya la aku membeli tiket nk ke Monterosso tu. Tp, masalah nk cari tren kt platform mane plak. Kt sini, platform tren ade byk.. x mcm kt Msia. Jenuh aku duk tny org, utk pasti kn x silap platform. Caranye senang je. Aku berdiri sebelah tren, pastu tanya sape2 yg lalu lalang..

Aku: "Scusi... La treni... errr... Monterosso?" Camni la aku duk tny org yg lalu lalang smpai aku jmpe tren yg betul. Lps dh jmpe tren yg btol, aku pon naik ler. Turun x turun pon, dh smpai Monterosso ler.

Smpai je kt Monterosso, aku kluar dr tren station tu... teruja aku kjap dgn laut dia yg biru n jernih tu. Mat saleh duk berjemur tu x yah ckp la. Aku pon ape lg, sibuk la kuarkn kamera aku n 'lense' aku yg ade 3 jenis tu pon mula la stat bergilir2 bertukar tmpat dkt dpn kamera aku.

Sedang aku duk syok zoom gmbr bangunan hujung tanjung dgn lense aku tu.. tiba, ade pelancong England, aku rasa la berdasarkn loghat dia tu... menegur aku. Perempuan lak tu, dia ckp:

Pelancong: "If you want a nice view, you go down there.. n behind that conner, there's a women there. She is totally topless. You can zoom her clearly from there".
Aku: Dgn muke trkejut.."Erk! I'm... i'm..." Tetiba lak aku jd x pandai nk ckp english sbb terkejut haha. Lps aku bertenang kjap aku pon jwb.."ahh, thank you for your advise.. but i'm not into that kind of a stuff. I just love to take photo".
Pelancong: "Oh, i'm sorry. I thought you're into that kind of stuff. Anyway, you can try if you want hehe"
Aku: "Haha.. no, thanks"

Hish, minah omputih ni igt aku duk zoom org duk berjemur ke?? xde faedah langsung...ish3. Lps kejadian tu, aku pon blah dr situ. Yela, takut org igt aku duk zoom bende yg x senonoh la plak huhu. Aku pun meneruskan keje aku iaitu.. pukul gambar ler. Bkn pakai kodak pon hehe.

Dh hmpir petang tu, baru la aku jmpe jln untuk ke tempat tinggi. Naik gunung ler. Tp, x tinggi mane pon gunung tepi pantai ni. Teruja gk aku psl dh lame x naik gunung ni. Tp, aku sempat naik separuh je psl aku trlupa nk 'check' jadual last tren kul brp. Kang kalu aku teruskn jgk niat aku tu.. x psl2 kene tinggal dgn tren plak. So, aku pun turun balik ler. Nasib baik aku smpat amik tren kul 5 ptg aritu. Fuh, best jgk datang Monterosso ni. Yg paling aku teruja tu psl ade trek untuk hiking hehe. Xpe2, lenkali aku repeat blk hehe...


Wednesday, September 15, 2010

Rutin

Skrg ni idup aku dh stat membosankn dgn rutin kehidupan yg hampir sama tiap2 ari. Kalu kt Manjung dulu tu, ade jgk la masa2 aku men badminton ke, bola sepak ke. Tp, kt sini... tmpt nk riadah pon aku xtau.

Yang aku tau, pagi2 bgn tdo.. sarapan.. p kilang. Pastu petangnye, balik masak nasi n lauk. Dh mcm2 eksperimentasi makanan dh yg aku buat dgn bahan2 masakan yg agk terbatas. Yela.. mane aku nk cari serai, daun kesom, bunga kantan ke kt sini. Kalu masak tu, trpaksa la gune ape yg ade. Walaupun rempah ratus nk masak tu kurang, aku tetap berselera jgk mkn lps siap msk tu. Perut aku ni.. tolak batu, kayu n besi je yg x mkn hehe. Yg lain, seme bedal asal halal. Takutnye nnti, org igt bile aku blk Malaysia makin kurus... tp, jd makin gemuk plak hehe. Aktiviti aku xde lain melainkan masak2 n makan2 hehe.



Pastu, aktivit yg wajib aku buat tiap2 ari jgk adalah men tenet dpn tv. Aku saje je bukak tv tu. Stakat tgk gmbr je bleh. Kalu tgk cite tu, sepatah haram pon aku x phm. aku paling suke tgk tv tyme kul 5 ptg hingga 7 mlm. Tyme tu ade kartun "Fairly Odd Parent", "Pokemon" n "Mr. Bean". Walaupon aku x phm kartun tu ckp bahasa itali... aku lyn jgk psl aku ni pernah menjawat jawatan 'hantu karton' masa zaman purba kala dulu haha. So, lyn je.

Rutin aku ni walaupon boring, tp... aku tetap rasa boring jgk. Walaupon kwn2 aku ckp "bestnye ko g Italy", tp aku tetap rasa boring gk. Walaupon boring dh boring dgn aku... namun aku tetap jgk rasa boring. Aku boring smpai tahap aku ckp pon mengarut haha. Boring btol!!

Friday, September 10, 2010

Raye??

Setelah selamat aku berbuka pose magrib td, maka masuk la 1 syawal di bumi La Spezia ini walaupon lewat 6 jam dr tanah air ku yg trcinta iaitu Malaysia. Mood aku psl raya thn ni, xde la excited pon. Yela, aku nk excited psl pe. Esok pg2 lg dh nk kene p kelas huhu. Aku igt kn aku ni seorg lelaki yg 'tough', ati kering n xde perasaan. Rupenye aku silap. Sebak jgk rupenye aku td lps solat magrib bile mengenangkn yg aku xdpt beraya di samping keluarga, kwn2 n yg tersayang.

Nasib baik la kt sini aku x dpt dgr laungan takbir raya. Kalu x, mau meraung aku jd nye hehe. Yela, lps solat magrib td... aku takbir raya sorg2 la bg mnyambut kehadiran 1 syawal. Tanpa aku sedari, berkaca jgk mata aku. Nyaris2 nk tumpah air mata ku hehe. Aku cube menafikn perasaan sebak aku dgn memikirkn air mata tu hampir tumpah ke pipi mungkin sbb aku mkn pedas sgt mase berbuke td hehe. Tp, ati x dpt menipu. Mungkin aku dpt menafikn air mata aku dr tumpah ke pipi, tp... perasaan ati aku yg bergelora, hanya aku yg tau. Semoga raya thn ni mengajar aku utk menghargai setiap insan yg berada d samping ku. Bile dh xde org d samping kite, baru la kite sedar betapa penting nye kehadiran mereka di sisi.

Ok, xnk sedih2 la di hari raya ni. Esok aku p kelas mcm bese. Pastu, weekend nnti maybe aku p brjln d sekitar kwsn ni je. Aku jgk brdoa supaya ibuku sihat walafiat kt Malaysia nu. Td aku dpt berita dr adik aku yg menyatakn ibuku dh 2 ari demam. Baru je aku nk video conference dgn ibuku, tetiba lak line tenet kt tmpt aku ni putus. Ish.. potong stim btol la. Semoga demam ibuku itu semakin kebah... amin.

Last skali, aku nk ucap "Selamat Hari Raya Aidilfitri... Maaf Zahir & Batin" kpd seme yg mengenali diriku. Jemput la dtg ke rumah raya nnti hehe...

Monday, September 6, 2010

Tersepit antara dua...

Tersepit antara dua... Itulah ungkapan yg dpt menggambarkn apa yg aku alami skrg ni. Kesulitan dlm membuat pilihan yg tepat telah meletakkn aku dlm situasi yg tidak brp disukai oleh aku sndiri. Aku igtkn keputusan yg pnah aku buat tu adalah yg trbaik. Rupanya aku silap, n skrg ni skali lg aku kene amik keputusan yg trbaik drp dua pilihan yg aku ade skrg ni. Huh.. bunyi mcm masalah nk pilih awek je haha.

Xde la, bkn masalah pilih awek pon. Ni masalah psl pengangkutan aku kt La Spezia ni. Dh melibatkn kewangan la plak huhu. Citenye mcm ni, Oto Melara sepatutnye menyediakn pengangkutan utk aku n kwn aku ni ke kilang mereka. Jd, masa minggu pertama aku kt sini.. mmg tiap2 ari ade driver yg dtg amik n antar pulang kami berdua. Siap naik kete Mercedes baru lg tu, sempat la brlagak jd org kaya jap haha. Tp, bile dh masuk minggu kedua.. Oto Melara bg kete plak kt kitorg. Nk di jdkn cite, kitorg igtkn duit minyak pon diorg bg skali. Yela, mengikut prjanjian asal.. kos pengangkutan dr umh ke kilang adalah d tanggung oleh Oto Melara. Tp, bile diorg dh bg kete ni.. diorg anggap dh lps la tanggungjwb diorg. So, diorg ckp.. minyak isi sendiri. Adeh, bleh lari bajet camni. Minyak lak mahal kt sini ni huhu. Bile kitorg repot kt bos kitorg, bos kitorg ckp.. "mane bleh camtu, mintak driver blk la".

Kitorg ni plak mcm dh segan lak nk mintak tukar kete free tu dgn mintak driver blk. Lg pon, dh byk sgt kot staff Oto Melara tu melayan kerenah kami berdua. Ade je demand mende2. Bkn demand pon, cume tuntut hak. Tp, dh mcm byk kali sgt dh. Segan la plak. So, pilihan yg ade skrg ni samada kitorg beranikn diri jgk.. mintak khidmat driver blk. Ataupon terus je guna kete tu dgn duit minyak d tanggung diri sendiri n xleh claim huhu. Kalu nk mintak driver pon, bkn nye on d spot bleh dpt. Kene booking sbulan in advance kot. So, xde beza sgt la. Nk demand lebih2 pon, kitorg ni bkn la customer Oto Melara yg byk menyumbang kpd sumber kewangan diorg. Kitorg ni cume 'partner in crime' utk Oto Melara d Malaysia je. So, kalu diorg x lyn prmintaan kitorg pon... they have nothing to lose.

Yg merunsingkn kepala aku ni plak, ade bende lain lg. Plan aku nk g Rome utk sambut Hari Raya Aidilfitri kt Kedutaan Malaysia... nmpknye trpaksa la d batalkn huhu. Yela, kos ketapi saje dh 130 Euro pegi blk. Kos nk jln2 kt sana lg, minimum kene bwk duit pon maybe 200 Euro. Huh, duit tu kalu wat isi minyak kete lg bgs kot memandangkn duit minyak pon mcm x dpt claim je. Kene jimat2 la pasni. Yela, dgn duit yg x seberapa ade ni la nk gune utk idup kt sini, nk isi minyak lg n nak beli cenderamata wat blk Malaysia lg. So, trpaksa la niat utk sambut raya kt Rome tu di korbankn... uwaaaa.