Friday, February 10, 2012

Transpeak Titiwangsa V2 - Final Part

Day 5 (25 Jan 2012)
Perjalanan pada hari ke 5 ni bermula pada pukul 11 pg lebih. Haish... asyik start treking lambat je. Ingat V2 ni trip santai ke hape... aduyai hehe. Perjalanan kali memberi lebih tekanan mental kepada para pendaki semua. Ini kerana, para pendaki terpaksa melalui laluan bawah dahan pokok atau bawah pokok buluh seawal menuruni dari puncak Junction lg. Bukanlah niat di hati untuk komplen psl byknya halangan2 pokok yg terpaksa dilalui. Tp, penat la den ni asyik nk kena merangkak n meniarap komando je tiap kali nk melepasi dahan2 pokok yg ade kt laluan tu. Perut depan den ni plak ade beg kamera. Asek sangkut je tiap kali duk meniarap tu. Pastu bile dh berdiri, xleh nk berdiri btol2... kene bongkok sket sbb dahan pokok byk sgt. Kesian kt lutut den plak camtu. Aduyai... mental2 haha. Pape pon, mmg aku rasa byk sgt kene meniarap pada hari ke 5 ni.

Pada jam 1 tghari lebih kurang, aku smpai dkt anak sungai yg pertama. Kt situ la seme selut2 kt kasut di cuci. Air minum pon di 'top up'kn dkt situ. Setelah menunaikan solat, perjalanan di teruskan lg. Kali ni aku treking bersama dgn Arip je. Selesa jgk treking dgn dia. Mungkin sbb langkah kitorg hampir sama n menyebabkn aku x tension sgt bile treking. Kalu treking dgn Kodin, bleh naik mental aku sbb dia laju sgt haha. Setelah byk kali mendaki sehingga ke puncak gunung yg berlumut dan menuruni sehingga ke lembah yg dalam, akhirnye pd jam 6 ptg aku tiba di puncak View.


Pemandangan di puncak View ni sebenarnya sgt menarik. Tp, pd ptg tu.. kabus yg tebal telah menutupi viewnya yg cantik. Aiseh.. ni psl aku lmbt sgt r ni. Kalu x, sempat amik gmbr yg cantik2 hehe. Perjalanan di teruskan lg selepas itu ke Kem DGU iaitu tempat di mana kitorg akan bermalam. Pada jam 7.15 ptg lebih, aku n Arip pon tiba di Kem DGU. Setelah menyiapkan tempat penginapan bak hotel 5 bintang gitu, aku pon turun ke sungai utk mandi. Mak datok, sejuk nk mampos smpai tulang sumsum. Ikutkn dr sejuk tu, mmg xnk mandi sebenarnye. Tp, bile d pikirkn blk, dh 5 hari x mandi ni.. so, aku jirus jgk la air sejuk tu utk mandi... brrrr... sejuuukk nye. Lps mkn mlm tu... tido la plak.

Day 6 (26 Jan 2012)
Pagi ni bermula awal sket. Tidoku di ganggu oleh bunyi bising yg di hasilkn oleh sebuah makhluk yg bernama Kodin. Ayat yg bese di ulangi utk trip ni mengganggu tidoku "Tido! Tido! Tido! Jgn Bangun!!!". Itula ayat yg selalu berkumandang di kawasan perkhemahan setiap kali matahari pagi menunjukkan wajahnye. Setelah breakfest n packing barang2, perjalanan di teruskan lg pada pukul 10 pg lebih.

Pada jam hampir pukul 1 tghari, aku n Arip tiba di puncak Belumut. Perut kitorg yg berkeroncong memaksa kitorg utk berehat lama sket bagi menikmati bekalan makanan tghari yg di bawa. Setelah mengisi perut yg lapar td, perjalanan di sambung blk. Pd jam 5 ptg, aku pon sampai ke puncak Kambing. Di sana, beg di tinggalkn dan perjalanan di teruskan ke puncak Tok Nenek. Perjalanan ke puncak Tok Nenek hanya mengambil masa 15 minit sahaja. Setibanya di puncak Tok Nenek, bermula la sesi mengambil gambar. Kali ni, byk kabus yg kelihatan. Namun skali skala, view gunung2 lain masih dpt d lihat. Berbeza dgn kunjungan aku ke gunung ini sebelum ini. Langit yg biru n view yg marveles di sajikan d sini. Kali ni, d sbbkn aku smpai ptg, maka awan terlebih dahulu memenuhi ruang udara di sini.


Pada jam 6 ptg, perjalanan di teruskan lagi ke Kem Lopak. Aku tiba di Kem Lopak pada jam 7.15 mlm. Di sini, air utk minum n memasak akan di tapau. Air di sini bukanlah air sungai yg mengalir laju seperti di kem - kem sebelum ini. Air di sini hanyalah takungan air hujan n air dari mata air yg sgt sedikit. So, byk la terdapat kelodak air kalu air di kocak. Proses mengambil air dilakukan dgn berhati2 agar tiada kelodak yg akan di ambil bersama. Kei n beberapa org yg berada d hadapan telah meneruskan perjalanan ke puncak Bubu dimana kitorg akan bermalam. Setelah aku n Arip menapau air, kini tinggal aku, Kodin n Arip je di simpang utk ke gunung Bubu. Mengikut arahan dari Kei, kitorg dikehendaki menunggu grup belakang yg belom smpai lg utk berjln bersama dgn kitorg. Namun, kesabaran kitorg di uji apabila terdpt gangguan agas (sejenis nyamuk yg amat halus n gatal nk mampos kalu kene gigit) yg byk di lembah itu. Kitorg membuat keputusan utk meneruskan pendakian ke puncak Bubu bagi melarikan diri dr gangguan agas tersebut. Arip meninggalkan beberapa pesanan utk org belakang di atas kertas supaya diorg mendapat maklumat yg ingin d sampai kn oleh org d depan.

Kitorg meneruskan pendakian di dalam gelap malam pd jam 7.45 mlm. Fuh, tobat mmg mencabar pendakian kali ni. Tiada belas kasihan langsung yg di berikan oleh gunung tersebut kepada kitorg. Tiada tempat langsung utk kitorg berenti rehat di tgh jln memandangkan trek dia yg mmg pacak mencanak x ingat. Kitorg terpaksa berenti rehat kejap2 je kt atas trek tu memandangkan tiada ruang selesa yg boleh di jadikan tempat rehat. Jam 9.30 mlm, aku mendengar bunyi mercun dr puncak Bubu. Bunyi nya begitu kuat seolah2 puncak itu tidak jauh. Namun aku memantapkn mental aku dgn mengatakan perjalanan masih jauh, itu hanya bunyi gema yg menguatkan lg bunyi mercun seolah2 ianya dekat. Ketika sedang mendaki itu, langkah aku semakin perlahan n longlai. Mmg x larat abes badan aku rasakan. Peperangan dgn mental sendiri sedang berlaku dgn hebat skali. Badan aku menyatakan supaya aku berenti tido je kt atas trek tu. Namun mental aku mengarahkan aku utk meneruskan perjalanan. Ketika sedang leka melangkah, aku akhirnya rebah tersembam ke bumi dan menggelungsur sedikit ke bawah dek kerana tersilap langkah n licin. Jatuh n rebah adalah perkara biasa dlm mendaki. Namun kali ni, ianya berbeza. Kamera yg aku bwk kt depan tu telah menghentak rusuk kanan aku dgn kuat sekali sehingga aku terbaring lama sebelum aku gagahi utk bangun semula. Mmg teramat sakit pada masa tu sehingga aku beranggapan yg rusuk aku retak. Nauzubillah.. mintak jauh. Tapi sakit tu masih terasa sehingga sekarang iaitu 2 minggu setelah kejadian. Nk p x-ray, tp x pegi2 lg. Dia baik sendiri kot nnti hehe. Setelah berpenat lelah utk mendaki, akhirnye kitorg smpai ke puncak Bubu pd jam 10.15 mlm. Kwn2 yg d belakang kitorg mlm tu tidak berjaya utk tiba d puncak. Diorg terpaksa tido atas trek lg mlm tu. Kesian la plak huhu. Lps aku dh mkn mlm, ape lg... tido daa.

Day 7 (27 Jan 2012)
Hari ke 7 dimulai dgn perasaan yg bimbang terhadap rakan2 sependakian yg belum tiba pd pagi tu. Suasana risau menyelubungi puncak Bubu kerana dibimbangi berlaku perkara yg tidak diingini kpd mereka. Setelah menikmati sarapan pagi, Kei n Pian menuruni semula gunung Bubu bagi menjejaki rakan2 yg ketinggalan. Setelah hampir 45 minit pemergian mereka, akhirnya mereka kembali ke puncak Bubu bersama2 dgn rakan2 yg lain. Lega hati kitorg melihat rakan2 sependakian yg lain selamat. Mereka dipercayai telah tido atas trek kerana terdpt pendaki yg tidak dpt meneruskn pendakian semlm d sbbkn kecederaan n keletihan. Setelah kitorg menjamu sarapan pg kpd mereka, perjalanan ke gunung Yong Yap di teruskn. Perjalanan bermula pd jam hampir 12 tghari. Aku tiba d persimpangan Yong Yap pd jam 4 ptg lebih. Di situ, beg ditinggalkan dan perjalanan ke puncak Yong Yap di teruskan. Setelah 30 minit mendaki, aku pon tiba d puncak Yong Yap. Lepas dh bergambar lebih kurang kt puncak tu, aku pon turun ke simpang Yong Yap balik.

Beg yg ditinggalkan di situ digalas blk dan perjalanan turun pon bermula. Aku n Arip tiba di kem Balak Pecah pd jam 7.15 mlm. Disitu kitorg berhenti utk rehat memberi laluan kpd masuknya waktu maghrib. Perjalanan di sambung kembali pd jam 7.45 mlm. Perjalanan kali hanya rilek je sebab tiada lagi pendakian yg mencabar. Hanya trek menuruni gunung yg agak landai je. Jam 9.30 mlm, kitorg pon smpai di Kem Y dimana terdapatnye 2 sungai yg bergabung menjadi 1 di sini. Kitorg berenti rehat di sini pd mulanya utk menunggu org yg d belakang. Namun Setelah sejam menunggu, diorg masih lg belum kelihatan. So, kitorg ramai2 pon berpakat utk bermalam di situ memandangkn hari pon semakin sejuk. Alangkah bestnye kalu dpt tido je drp berjln lg hehe. Jd, tempat tido pon disiapkn n org yg d belakang pon smpai. Kei yg bersama dgn peserta d blkg pon setuju utk bermlm di situ. So, seme org dpt tido awal mlm tu n xde yg tido atas trek lg huhu.

Day 8 (28 Jan 2012)
Hari ke 8 bermula dgn penuh semangat utk keluar dr hutan. Dh x larat dh nk bersengsara dlm hutan ni hehe. Perjalanan keluar bermula pd jam 10 pg lebih. Kali ni, trek landai je. So, mmg berjalan direct je non stop. Pd jam 12 tghari, Kei, Shah, Kodin, Asma, Ajak, Siti, Arip n aku pon tiba d Kem Agas. Di sini, kitorg berenti rehat kejap utk menunggu grup yg d belakang. Setelah diorg smpai, perjalanan di teruskan lg. Laluan nye mmg landai. Namun begitu, peserta masih lg berasa mental kerana walaupon berjalan tanpa henti, perkampungan org asli Sg. Rengil masih belom kelihatan. Kaki dh penat n sakit2 nih...adeh. Akhirnye pd jam 4.30 ptg, kitorg seme berjaya tiba d Sg. Rengil. Mulanya igtkn powil akan amik kitorg kt situ. Tp, kitorg d khabarkn bahawa jambatan utk ke Sg. Rengil telah runtuh di sebabkn hujan lebat. Adeh.. kene menapak lg la utk keluar. So, terpaksa la berjln kaki lg utk tempoh sejam. Setelah menyeberangi jambatan kecil sementara yg menggantikn jambatan yg runtuh tu, kitorg pon tiba di point utk naik powil. Tanpa menunggu lama, powil pon tiba pd jam 5.30 ptg. Fuh, punye la gembira bile dpt naik powil tu. Yela, dh kluar dr hutan ni.. Dh abes la sengsara dia haha. Lepas mencucikn diri di starting point hari pertama dulu, aku n Kodin pon terus gerak blk Manjung. Trip kali ni aku rasa mmg best walaupon ade sedikit rasa teruk tu. Tp, kwn2 seme sempoi je. Xde yg menunjukkan tekanan mental semasa treking. Aku igt lg, bkn setakat 4 kali aku pikir utk join trip ni. Tp, lebih dari tu lg, sbb trip ni kategori hardcore. Aku sendiri takut nk join sebenarnye. Tp, bile dh abes ni.. Aku cuma bleh ckp... "TAHNIAH SEME!!!". Ok, jumpe di lain trip pasni :).

Ikuti video ringkas trip V2 ni...

No comments:

Post a Comment