Sunday, January 29, 2012

Transpeak Titiwangsa V2 - Part 1

Alhamdulillah, aku telah berjaya untuk mengharungi trip ke 2 yg paling hardcore dlm semenanjung Malaysia pada 21 - 28 Januari 2012 baru ni. Trip yg paling hardcore dlm semenanjung Malaysia stakat ni rasanya adalah trip Gunung Noring. Yg trip tu aku x bersedia utk pegi lg hehe. Sebelum aku bercerita lanjut, korang perlu tahu ape itu Transpeak Titiwangsa (Trans TT) V2 atau V2 dlm ringkasannya. 'Trans' tu bermaksud gabungan. Jd, trip ni adalah gabungan puncak2 yg terdapat atas banjaran Titiwangsa. Manakala V2 pula bermaksud Version 2. Ini kerana pakej trip Trans TT juga terdapat dalam Version 1 (V1). Jarak perjalanan V1 adalah lebih pendek berbanding V2. Ini kerana, V2 akan merangkumi pendakian 4 puncak kategori G7 iaitu Yong Belar, Korbu, Gayong n Yong Yap. Manakala, V1 tidak merangkumi Yong Yap. Keseluruhan jarak utk trip V2 adalah lebih kurang 120 km. Fuh, mmg tercabut r kaki berjalan haha. Disamping 4 puncak kategori G7 yg terpaksa dilalui oleh para peserta, terdapat beberapa puncak lg yg juga terpaksa dilalui oleh para peserta. Antaranya adalah puncak Junction, H2O, Bonsai Tengah, View, Belumut, Kambing, Tok Nenek, Kayong, Bubu dan beberapa lagi puncak yg lain. Berikut adalah catatan perjalan yg dilalui oleh aku sendiri sepanjang 8 hari berada di atas banjaran Titiwangsa.

Day 1 (21 Jan 2012)
Aku n Kodin tiba d surau balai polis Lojing pada mlm sebelumnya utk bermalam di situ. Kemudian Ajak n isterinya Asma pula tiba pada subuh harinya. Aku d maklumkan bahawa jip 4wd (powil) akan mengangkut kitorg seawal 6.30 pg. Tp, hampeh.. tunggu nye tunggu. Batang idung peserta lain pon x nmpk.. ish3. Dlm kul 9.00 pg, Kei selaku guide kitorg pon smpai dgn Shuk. Dia ckp yg peserta2 lain tersangkut dlm jem semasa perjalan dr KL. Maklum le, berebut dgn org nk blk kg tyme raya cine ni kn. Xpe, aku faham.. nk wat camne kn. Akhirnye dlm kul 10 pg lebih baru diorg smpai. Maka segala brg2 ration pon diambil dr organiser iaitu saudara Arin atau lebih dikenali sbg King. Fuh, gile berat nk mampos brg ration yg nk kena pikul. X pernah lg aku pikul ration yg seberat tu sblm ni. Bleh patah tulang belakang den ni hehe. Tp, sape suh nk naik gunung kn. So, pikul la brg makanan tu seme. Kang lapar lak psl xde makanan. Kemudian bile dh siap packing, kitorg seme pon disumbat atas powil utk di hantar ke starting point iaitu Blue Valley Dam, Cameron Highland.


Setibanya d sana, Kei memberikan sedikit taklimat berkenaan trip V2 ini. Target utk Day 1 nisepatutnya adalah Kem Kasut. Tetapi memandangkan sudah hampir tghari n pendakian blom lg d mulakn, dibimbangi para peserta tidak sempat utk tiba di Kem Kasut. So, target diubah kepada Kem Tudung Periuk sahaja utk Day 1 ni. Bermulalah pendakian pertama menaiki anak tangga yg tinggi di Blue Valley Dam tu pada jam hampir 12 tghari. Blom sampai abes naik anak tangga tu lg, aku dh pewai (penat nk mampos) abes dh. Smpai terpaksa guna tangan utk merangkak naik haha. Maklum le, beg berat nk mampos n badan x cukup panas lg. Mmg pewai abes r. Abes je layan anak tangga tu, perjalanan di teruskan dgn meniti atas paip2 air yg halus n licin. Bawah paip air tu plak terdapat selut yg bleh mencapai paras paha kalu terpijak. Ade jgk la aku tgk peserta lain yg terselam kaki diorg dlm selut tu hehe. Jenuh diorg nk tarik keluar kaki tu balik. Kemudian pendakian di teruskan dengan situasi biasa di dalam hutan iaitu menaik n menurun di samping melayan penat n mental masing2. Aku tiba di Kem Tudung Periuk pada pukul 6 ptg. Malam tu seme tido dengan merasakan kesejukan angin gunung. Fuh, besttt..

No comments:

Post a Comment