Monday, January 30, 2012

Transpeak Titiwangsa V2 - Part 2

Day 2 (22 Jan 2012)
Suasana tenang d pagi hari ke 2 ni d bingit kan oleh kerenah Kodin yg mmg x reti nk diam haha. Pagi2 lg dia duk memekak suh org lain bangun. Trip kali ni adalah trip yg aku anggap sbg paling santai d pagi hari sbb peserta2 seme bangun lambat. Kul 11 pg lebih baru nk start sambung treking. Mmg rilek btol, pd hal trip ni adalah trip hardcore. Kalu sblm ni aku join trip naik gunung, mesti dlm kul 9 pg lebih tu... beg mesti dh ade atas bahu n perjalanan d mulakan. Tp, trip kali ni ade je yg rilek bangun lambat. Mcm xde preasure nk kejar waktu je... aiseh hehe. Perjalanan d teruskan dr kem Tudung Periuk ke kem Kasut pd pg tu. Setibanya d kem Kasut dlm kul 2 ptg, peserta2 berenti rehat utk makan lunch pack yg d bawa.


Kemudian pendakian d teruskan ke puncak Yong Belar iaitu puncak pertama G7 utk trip V2 ni. Aku tiba d puncak Yong Belar dlm kul 5.30 ptg n kabus pon mula utk memenuhi ruang udara d puncak tu. Blom sempat aku lepak lama atas puncak tu, hujan pon mulai turun n perjalanan terpaksa d teruskn dlm kesejukan n trek yg licin. Target utk hari ke 2 ni adalah kem H2O. Perjalanan semakin bertambah penat n mental setelah hari siang bertukar menjadi malam. Ditambah lg dgn bunyi nyanyian perut yg minta di isi, mental aku sedikit sebanyak tergugat dek perut yg kosong n hampir gastrik itu. Aku berjalan bersama 3 org lg rakan iaitu Kodin, Shah n Arip. Kitorg berenti rehat setiap 1 jam berjalan bagi mempercepatkan masa perjalanan.

Pd jam 10 mlm, kitorg pon tiba d puncak gunung H2O n di sana kitorg bertemu dgn Kei n Pian. Pd masa ni, angin d puncak H2O bertiup sepoi2 bahasa. Tp, kesejukan angin yg teramat sejuk itu seakan menghambat kitorg drpd lepak lama2 atas puncak tu. Tanpa membuang masa, kitorg ber enam meneruskn perjalanan. Kei memberi harapan utk menaikkn moral kitorg dgn mengatakan bahawa kem H2O hanya terletak lebih kurang 1 jam perjalan dr puncak H2O. Jd, dgn harapan yg tinggi, kitorg pon berjln dgn cepat2 agar dpt smpai awal ke kem H2O n tdo je trus. Namun, harapan hanya tinggal harapan. Setelah 1 jam perjalanan, bunyi air sungai yg terletak sebelah kem H2O itu masih blom d dengari. Moral kitorg pula semakin pudar. D tambah lg dgn nyanyian perut yg berubah dr rentak balada sebelum ini kpd rentak metal yg lebih agresif. Langkah kaki Kei n Pian bertambah laju n diorg pon meninggalkn aku, Kodin, Shah n Arip dgn langkah yg semakin longlai. Sudah kerap kali aku rebah d atas trek dek kerana tersepak akar kayu yg mana kaki aku sebenarnya dh teramat letih pada masa itu. D tambahkn lg dgn bekalan air yg sudah kehabisan semuanya, setiap langkah menjadi amat berat rasanya.

Setelah 2 jam berjalan dr puncak H2O, akhirnya aku n Shah berhenti d atas 1 puncak yg tidak diketahui. Mental kitorg mmg dh rabak. Terasa ingin sahaja bermalam di atas trek itu. Namun Kodin n Arip memberi harapan utk meneruskan perjalanan dgn mengatakan bahawa diorg akan menuju ke kem H2O terlebih dahulu n kemudian akan berpatah balik utk memberi bantuan kpd kitorg. Setelah 15 minit pemergian Kodin n Arip, aku cuba meyakinkan Shah utk meneruskan perjalanan n kitorg pon meneruskan perjalanan dgn langkah yg longlai. Setelah sekian lama berjalan, kedengaran bunyi air sungai d telinga kitorg n dgn tiba2 langkah Shah bertambah laju. Aku cuma mengikut dia dr belakang. Finally, alhamdulillah aku selamat sampai ke kem H2O pd jam 12.30 tgh mlm. N aku adalah peserta terakhir yg selamat tiba utk bermalam d sana. Hanya terdpt 6 org peserta yg selamat smpai ke kem H2O mlm itu. Peserta2 lain tidak berjaya utk tiba d kem H2O mlm itu. Kesemua mereka terpaksa tido d atas trek yg basah dgn baju yg basah n kesejukan. Alhamdulillah, kitorg ber enam dpt tido dgn selesa pd mlm itu d samping dpt mengisi perut yg kosong. Skali skala aku terpikirkn nasib peserta lain yg kesejukan n kelaparan dan ini menyebabkan aku tidak dpt tido dgn lena pd mlm itu. Berakhir kisah pd hari kedua..

No comments:

Post a Comment