Thursday, February 2, 2012

Transpeak Titiwangsa V2 - Part 3

Day 3 (23 Jan 2012)
Hari ke 3 bermula dgn agak sunyi. Mungkin d sebabkan kekurangan orang d kem H2O dan ditambah pula dengan keletihan berjalan semalam. Kodin seperti biasa menyiapkan makanan pagi d samping makanan untuk peserta2 lain. Jam menunjukkan pukul 10 pg lebih, kelihatan Ucop n Shuk pon tiba d kem H2O. Kesian jugak aku jd nye bile mendengar cite diorg tido dlm kesejukan atas trek semalam. Semakin lama, semakin ramai rakan2 pendaki yg tiba di kem H2O itu. Selesai kitorg seme berehat dan mengisi perut, perjalanan di teruskan lagi pada pukul 4 petang. Fuh, x pernah lg aku start treking kul 4 petang sblm ni. Gile lewat start treking. Santai abes trip ni haha. Aku memulakan perjalanan bersama Kodin. Namun, keletihan semalam masih lagi menguasai diri aku. Langkah aku cume perlahan sahaja. Mungkin jugak di sebabkan faktor kecerunan gunung itu yg agak mencabar dan menyebabkan aku berasa cepat penat. Aku mengarahkan Kodin utk berjalan mendahului aku. Alasannya, aku x selesa utk berjalan bila dia ade kt blkg aku. Yela, si Kodin ni laju kalu berjalan. Aku plak slow n steady je. Tekanan jgk aku bile si Kodin ni asek duk cucuk blkg aku je hehe. Aku lebih selesa utk berjalan dgn kelajuan aku sendiri tanpa d pengaruhi tahap kelajuan org d dpn atau blkg. Akhirnya aku berjalan bersendirian d dalam hutan. Kemudian selepas itu, Kei n Pian plak mendahului aku. Aku x kesah pon sbb mmg aku ni jenis brjalan slow n steady je hehe.

Pukul 6.30 ptg, aku tiba d tempat d mana Kei, Pian n Kodin berenti rehat. Aku pon tumpang sekaki utk berehat sekali. Setelah berehat menghilangkn penat sekejap, perjalan d teruskn dan aku sekali lagi membiarkan Kei, Pian n Kodin mendahului aku. Setelah langkah demi langkah aku gagahi, akhirnye pada pukul 8 malam aku tiba d puncak Gunung Junction. Di puncak inilah tempat kitorg bermalam. Kemudian pada pukul 8.30 mlm, Ajak n Asma pula tiba dan seterusnya disusuli oleh peserta2 lain secara berperingkat2. Nasib baik la sampai awal malam ni. So, bleh la berehat lama sket mlm ni. Syok la plak rasanya dpt tido awal. Yela, tido yg mencukupi amat bermakna utk trip2 hardcore yg mcm ni hehe.

Day 4 (24 Jan 2012)
Treking pada hari ke 4 ni bermula dlm pukul 11 pg lebih. maklum ler, asek bangun lambat je diorg ni. Aishh.. santai abes haha. Treking kali ni best sket psl x payah bwk beg berat2. Tempat tido kitorg masih lg d puncak Junction utk mlm nnti. Cume arini kitorg kene treking daypack ke gunung Korbu n Gayong. Treking kali ni di dahului oleh Kei n Kodin. Kemudian disusuli oleh peserta lain. Perjalanan turun dr puncak Junction agak mencabar kepala lutut aku di sebabkan kecuraman muka bumi nya. Aku seperti biasa la, treking secara slow n steady je hehe. Di sbbkn langkah aku yg slow n steady tu la maka Ajak n Asma memintas aku semasa menuruni Junction tu. Kemudian aku meneruskan pendakian ke beberapa puncak lg. Semasa dlm perjalanan tu, sempat jgk aku memintas Ucop, Shah n Shuk.

Jam 1 tghari, aku tiba d kem Cerek. Di kem Cerek ni la peserta2 dpt me'refill' blk bekalan air yg kehabisan. Setibanya aku d kem Cerek ni, aku hanya nampak Asma bersendirian sahaja. Pikirku, 'mesti Ajak turun ke bawah lembah utk ambil air'. Aku juga mendapati baju hujan Kodin yg berwarna hijau di situ. Jd, aku merasakan Kodin juga turut serta utk mengambil air di bawah lembah tu. Nk d jadikan cite, bleh plak aku x perasan brg2 Kei selaku guide kitorg kt situ. Jd dgn konfiden je aku wat andaian yg Kei mesti dh berjalan kt depan nih. So, tanpa sepatah kata, aku meneruskn perjalanan tanpa menyedari yg aku sebenarnya bersendirian di dpn.. ades.

Aku meneruskan perjalanan sehingga simpang Proton (simpang yg menghubungkan Korbu n Gayong). Ape lagi, aku menjerit2 la memanggil Kei. Bile tiada org yg menyahut, aku mula terpikir 'ah, mungkin Kei menunggu di puncak Gayong kot'. Aku pon berjalan menuju ke puncak Gayong plak yg mana jaraknya hanya 10 minit je dr simpang Proton tuh. Sampainye aku d sana, aku menjerit memanggil Kei lg. Namun tiada juga yg menyahut laungan aku tu. Skali lg aku terpikir, 'mungkin Kei dh pergi ke Korbu kot nih... hmmm'. Setelah selesai aku bergmbr sendirian kt puncak Gayong tu, aku meneruskan perjalanan ke puncak Korbu plak. Perjalanan menuju ke Korbu mengambil masa lebih kurang 2 jam.


Setelah 2 jam berlalu, tiba lah aku d puncak Korbu tu. Aku dgn laungan yg gembira pon menjerit memanggil..'KEI!!... KEI!!!'. Namun tiada yg menyahut juga. Seram sejuk jgak aku kejap bile menyedari yg aku sebenarnya btol2 bersendirian atas puncak Korbu tu. Selepas itu, hujan pon turun dgn renyai2 disusuli pula tiupan kabus yg menambahkn lagi suasana mistik tu. Bile dh rasa x brp sedap ati tu, aku baca la sepotong dua ayat suci bg menghilangkan rasa takut. Nasib baik la ade pendaki sebelum ni yg tinggalkn payung kt puncak Korbu tu. Payung tu la yg aku guna utk duduk dlm hujan sambil menikmati bekalan makanan yg aku bwk. Bekalan aku cuma 4 ketul nasi himpit mini n serunding daging. Aku cuma mkn 2 biji je sbb x lalu nk mkn seme. Bakinye aku simpan blk dlm beg.


Bile jam menunjukkan pukul 4.30 ptg lebih n tiada seorg pon lg yg tiba d puncak Korbu tu, aku pon membuat keputusan utk blk ke kem site d puncak Junction. Baru 10 minit je aku turun dr Korbu, aku bertembung dgn Kei n dia kelihatan agak penat. Ayat pertama yg kuar dr mulut dia adalah, 'weh... ko tau x? seme org tgh cari ko. org igt ko dh ilang!'. Mak aih, terkejut aku. Tp, bile d pikirkn blk, aku rasa mmg salah aku sbb aku x maklumkn pada sesapa pon masa start jln dr kem Cerek td. Kesian plak kt kwn2 aku psl risau takut aku hilang. Sori ye kwn2 huhu. Setelah aku bersembang dgn Kei, aku pon meneruskan perjalanan blk bersendirian ke puncak Junction pada pukul 5 ptg. Dipertengahan perjalanan, aku bertembung dgn peserta2 lain n cite psl 'aku hilang' diulangi lg huhu. Sori lg kwn2. Aku tiba d kem Cerek pada pukul 7.30 mlm n keadaan hutan pada masa tu mmg dh gelap. Aiseh, sedikit kegusaran timbul d hati aku memandangkan aku blom menapau air utk kegunaan peribadi n kumpulan. Setelah aku melaungkn azan bg menandakan masuk waktu maghrib, aku membaca beberapa doa supaya di berikn perlindungan semasa bersendirian di dalam hutan yg tebal itu. Kemudian aku gagahi langkah aku utk turun ke lembah kem Cerek bagi mendapatkn bekalan air. Fuh, bleh tahan teruk jgk nk turun bwh tu rupanya. Di tambah lg dgn trek yg x brp kelihatan, aku merasakan yg org jarang turun utk mendapatkn air di sini. Treknye agk berbahaya bg yg x biasa. Aku cuba utk tidak membayangkn apa2 yg menakutkn memandangkn aku berseorangan pd masa itu.

Setelah aku berjaya mengambil air, aku mendaki naik blk ke kem Cerek n pada kul 8.00 mlm aku tiba d kem Cerek blk. Fuh, penat abes nk turun amik air je. Tobat aku x turun dh kt situ pasni. Pd mulanya, aku bercadang utk menunggu kwn2 lain yg berada d blkg utk brjln bersama2. Namun, ketakutan sedikit terasa bile bersendirian berada di dalam kegelapan hutan itu. Jd, aku membuat keputusan utk meneruskn perjalanan secara bersendirian. Setelah 1 jam berjln, aku tiba d 1 kawasan lapang yg mana aku seakan2 ter'sesat'. Ini kerana aku gagal utk mengenal pasti trek mana yg harus d lalui. Mungkin kerana kegelapan mlm menyebabkan mata aku konpius. Skali lg aku meminta petunjuk dr Allah n Alhamdulillah aku menjumpai trek yg sepatutnya aku lalui. Aku meneruskn perjalanan lg dgn perut yg lapar. Adeh, potong stim btol r. Lapar la plak. Aku teringatkn baki makanan yg masih ada d dlm beg aku. So, aku berenti skejap utk mengisi perut. Abes seme nasi himpit tu aku mkn. Bile d pikirkn blk, nasib baik aku x buang makanan yg x abes td tuh. Kalu x brlapar la aku hehe. Perjalanan blk ke kem site d teruskn selepas itu n aku tiba d puncak Junction pd pukul 10.30 mlm. Alhamdulillah, tiada apa2 yg berlaku pd diri aku walaupon aku berjalan bersendirian. Selepas menyalin baju kering, aku menikmati hidangan megi sblm trus tido kemudiannya...

1 comment: