Sunday, January 29, 2012

Transpeak Titiwangsa V2 - Part 1

Alhamdulillah, aku telah berjaya untuk mengharungi trip ke 2 yg paling hardcore dlm semenanjung Malaysia pada 21 - 28 Januari 2012 baru ni. Trip yg paling hardcore dlm semenanjung Malaysia stakat ni rasanya adalah trip Gunung Noring. Yg trip tu aku x bersedia utk pegi lg hehe. Sebelum aku bercerita lanjut, korang perlu tahu ape itu Transpeak Titiwangsa (Trans TT) V2 atau V2 dlm ringkasannya. 'Trans' tu bermaksud gabungan. Jd, trip ni adalah gabungan puncak2 yg terdapat atas banjaran Titiwangsa. Manakala V2 pula bermaksud Version 2. Ini kerana pakej trip Trans TT juga terdapat dalam Version 1 (V1). Jarak perjalanan V1 adalah lebih pendek berbanding V2. Ini kerana, V2 akan merangkumi pendakian 4 puncak kategori G7 iaitu Yong Belar, Korbu, Gayong n Yong Yap. Manakala, V1 tidak merangkumi Yong Yap. Keseluruhan jarak utk trip V2 adalah lebih kurang 120 km. Fuh, mmg tercabut r kaki berjalan haha. Disamping 4 puncak kategori G7 yg terpaksa dilalui oleh para peserta, terdapat beberapa puncak lg yg juga terpaksa dilalui oleh para peserta. Antaranya adalah puncak Junction, H2O, Bonsai Tengah, View, Belumut, Kambing, Tok Nenek, Kayong, Bubu dan beberapa lagi puncak yg lain. Berikut adalah catatan perjalan yg dilalui oleh aku sendiri sepanjang 8 hari berada di atas banjaran Titiwangsa.

Day 1 (21 Jan 2012)
Aku n Kodin tiba d surau balai polis Lojing pada mlm sebelumnya utk bermalam di situ. Kemudian Ajak n isterinya Asma pula tiba pada subuh harinya. Aku d maklumkan bahawa jip 4wd (powil) akan mengangkut kitorg seawal 6.30 pg. Tp, hampeh.. tunggu nye tunggu. Batang idung peserta lain pon x nmpk.. ish3. Dlm kul 9.00 pg, Kei selaku guide kitorg pon smpai dgn Shuk. Dia ckp yg peserta2 lain tersangkut dlm jem semasa perjalan dr KL. Maklum le, berebut dgn org nk blk kg tyme raya cine ni kn. Xpe, aku faham.. nk wat camne kn. Akhirnye dlm kul 10 pg lebih baru diorg smpai. Maka segala brg2 ration pon diambil dr organiser iaitu saudara Arin atau lebih dikenali sbg King. Fuh, gile berat nk mampos brg ration yg nk kena pikul. X pernah lg aku pikul ration yg seberat tu sblm ni. Bleh patah tulang belakang den ni hehe. Tp, sape suh nk naik gunung kn. So, pikul la brg makanan tu seme. Kang lapar lak psl xde makanan. Kemudian bile dh siap packing, kitorg seme pon disumbat atas powil utk di hantar ke starting point iaitu Blue Valley Dam, Cameron Highland.


Setibanya d sana, Kei memberikan sedikit taklimat berkenaan trip V2 ini. Target utk Day 1 nisepatutnya adalah Kem Kasut. Tetapi memandangkan sudah hampir tghari n pendakian blom lg d mulakn, dibimbangi para peserta tidak sempat utk tiba di Kem Kasut. So, target diubah kepada Kem Tudung Periuk sahaja utk Day 1 ni. Bermulalah pendakian pertama menaiki anak tangga yg tinggi di Blue Valley Dam tu pada jam hampir 12 tghari. Blom sampai abes naik anak tangga tu lg, aku dh pewai (penat nk mampos) abes dh. Smpai terpaksa guna tangan utk merangkak naik haha. Maklum le, beg berat nk mampos n badan x cukup panas lg. Mmg pewai abes r. Abes je layan anak tangga tu, perjalanan di teruskan dgn meniti atas paip2 air yg halus n licin. Bawah paip air tu plak terdapat selut yg bleh mencapai paras paha kalu terpijak. Ade jgk la aku tgk peserta lain yg terselam kaki diorg dlm selut tu hehe. Jenuh diorg nk tarik keluar kaki tu balik. Kemudian pendakian di teruskan dengan situasi biasa di dalam hutan iaitu menaik n menurun di samping melayan penat n mental masing2. Aku tiba di Kem Tudung Periuk pada pukul 6 ptg. Malam tu seme tido dengan merasakan kesejukan angin gunung. Fuh, besttt..

Thursday, November 24, 2011

Baru nk update!!

Erm.. sebagaimana tajuk yg diberi kt atas, ye.. mmg aku baru nk update blog aku nih. tetiba lak jd byk masa lapang aku psl duk tgh tunggu flight nk blk KL yg x kunjung tiba ni. so, dgn tetiba jgk timbul idea utk menulis psl cite yg tgh berlaku kt aku skrg ni.

Alkisahnye bermula hari Ahad 20 Nov 2011 yg lepas. aku bersama bos aku d tugaskn ke Kota Kinabalu (KK) utk membuat kerja2 pembaikan. sepatutnye, kitorg berada kt KK ni utk 3 ari je. jd pd hari ke 3 tu bermula la kisah2 yg merencatkan trip kerje aku kali ni.

Rabu (23 Nov 2011) - jam 10 pg meeting bersama pegawai Navy baru sudah. Pihak syarikat kitorg diarahkn bertugas smpai lewat mlm. Utk makluman, flight kitorg sepatutnye tghari tu. So, bos aku pon wat keputusan suh aku stay sorg2 sbb dia ade meeting keesokannya. Jd flight aku kene tangguh ke ari khamis plak. Jd, ari tu aku buat la keje2 aku seperti yg diarahkn. Manakala bos aku plak naik flight blk KL dh. Aduyai..

Khamis (24 Nov 2011) - jam 10 pg aku dh terpacak kt KKIA (Kota Kinabalu International Airport). Lepas siap booking nama utk tunggu flight, aku kene tunggu flight mane yg ade seat kosong bermula dgn flight pukul 1.45 tghari. so, tunggu nye tunggu.. flight kul 1.45 penuh. Then, tunggu flight kul 3.30 ptg plak. Penuh jgk rupenye. Aku masih menaruh harapan utk flight seterusnya. Pastu terdengar plak flight ke KL kul 4.50 dibatalkn. Bermula dr masa tu la makin ramai org beratur kt tmpat yg aku beratur ni. seme nye dgn harapan ade seat kosong dlm next flight. pastu flight kul 5.30 pon penuh jgk. Dan lg, flight kul 6.20 ptg pon penuh. N flight ke KL yg paling last aritu pd kul 6.50 ptg pon penuh. Then, bermula la babak maki hamun oleh penumpang yg terkandas ni seme. diorg duk marah pekerja MAS yg jage kaunter tu. Aku cume tgk dr jauh je. Kesian plak aku tgk pekerja MAS tu. Lps sorg.... sorg marah kt dia. Adeh. Last skali, aku dgr annoucement suh dtg tunggu flight kul 6 pg esok plak. So, smpai kt sini je la cite aku sbb aku pon tgh update cite ni kt airport KKIA. semoga bleh tdo atas kerusi airport mlm ni huhu. gudnite...

Monday, June 6, 2011

Suddenly..

All of sudden...

I MISS HER SO BADLY...

huhu.. dh lama x jmpe dia..
perasaan yg brcampur baur ni..
mengganggu aku nk wat keje... adehhh..
fokus.. fokus.. keje x siap lg ni..
hmm.. sempat plak aku tulis blog hehe..
bkn ape..
juz nk menyatakn rasa rindu aku pada si dia je..
rindunyeeee... (T_T)